ANALISIS TEKNIKAL - Apakah Itu Analisis Teknikal? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

ANALISIS TEKNIKAL - Apakah Itu Analisis Teknikal?


Bahagian 1: Apakah Itu Analisis Teknikal?

Anda telah mengetahui  analisis fundamental adalah kajian tentang sebab-sebab yang membawa kepada perubahan harga di pasaran tukaran matawang asing. Analisis teknikal juga kajian pergerakan harga, tetapi ia adalah kajian mengenai kesan pergerakan pasaran berdasarkan apa yang telah berlaku.

Pedagang menggunakan kedua-dua jenis analisis ini untuk meramalkan bagaimana pasaran akan bergerak. Pada asasnya, pedagang yang menggunakan analisis teknikal percaya bahawa semua pembolehubah pasaran turun kepada pergerakan harga, jadi tidak ada keperluan untuk menggunakan cara lain untuk analisis untuk berdagang FOREX.

Apabila anda melakukan analisis teknikal ke atas matawang, anda sedang mencari corak pada carta yang berulang. Kepercayaan asas bahawa pergerakan harga yang ditentukan oleh manusia, corak akan terus berulang selagi manusia menjalankan pasaran. Manusia membuat tindakan berulang-ulang kali berdasarkan emosi yang berulang-ulang dan apabila mereka mengulanginya ia boleh dianalisis untuk meramal pergerakan harga.

Para penganalisis teknikal mengkaji trend, tahap sokongan dan tahap rintangan dan petunjuk FOREX untuk meramal arah mana harga akan bergerak. Anda boleh menggunakan faktor-faktor ini untuk menjana keuntungan anda, setelah anda tahu apa isyarat  dagangan maka anda boleh menetukan masa perdagangan anda dengan cara yang terbaik untuk membuat keuntungan.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini