Spekulatif trading emas melalui sesebuah broker - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Spekulatif trading emas melalui sesebuah broker




Di dalam artikel, saya akan terangkan caranya untuk membuat keuntungan dalam pasaran emas.Saya juga akan bercerita tentang sejarah dan sebab-sebab di sebalik jatuh bangun logam berharga ini pada ketika ini.

Aspek-aspek bersejarah



Pada abad yang lalu Afrika Selatan membekalkan lebih kurang separuh dari keseluruhan emas, yang dihasilkan di seluruh dunia. Logam kuning sentiasa menarik perhatian para spekulator, tapi khasnya selepas kejatuhan regim apartheid Afrika Selatan. Ianya dalam tahun 1994, selepas Akta ‘Separate Amenities’ telah dimansuhkan. Presiden baru RSA Nelson Mandela yang telah dipilih oleh aklamasi umum penduduk tempatan. Keturunan dari Europah telah mula meninggalkan Afrika Selatan, membawa modal mereka bersama.

Pada mulanya, Harga emas telah jatuh dalam masa beberapa tahun, sepertinya warga kulit putih Afrika Mandela seorang yang baik, tetapi seorang presiden yang kurang baik. Tidak lama kemudian, masalah-masalah perlombongan emas telah bermula. Harga emas melonjak daripada 255 dollar dalam tahun 2001 hingga ke $1920 bagi setiap troy auns dalam tahun 2011. Warga Afrika berkulit hitam tidak lagi mahu bekerja dengan bayaran gaji yang rendah. Tambahan pula, bermulanya mogok di seluruh negara. Banyak lombong-lombong disekat oleh penyerang. Oleh kerana kurangnya perlombongan emas di RSA, harga emas meningkat naik atas tukaran untuk beberapa tahun.

Aspek-aspek masa depan

Bolehkah Afrika Selatan “berkembang” sekarang? Ianya mustahil. Namun, ianya tidak boleh terkecuali, bahawa masalah-masalah besar boleh bermula yang berhubungkait dengan pergaduhan menentang “apartheid juga sebaliknya”, apabila warga berkulit putih ditekan di dalam negara. Terdapat juga pertembungan kumpulan bersenjata dikalangan penduduk tempatan. Jadi, masalah-masalah dengan penghasilan emas masih meningkat.

Ianya harus diingat, bahawa tidak hanya di RSA sahaja, tapi juga di beberapa negara lain, terdapat beberapa pembekal emas berpengaruh pada pasaran dunia. Sebagai contoh, pada semenanjung Sandong di China terdapat banyaknya penghasilan emas. China adalah sebuah negara dengan ekomoni sosialis. Ianya bermaksud, bahawa mana-mana panggilan Ketua Parti Komunis China akan didengari di seluruh negara. Sebagai contoh, China boleh mula penggunaan 50% ataupun 100% kurang emas disebabkan oleh pergolakan seluruh negara, seperti apa yang telah berlaku kepada pengeluaran besi dan keluli.



Satu pengeluar penting emas adalah Russia. Terdapat banyak emas yang telah dilombong dalam banyak bahagian di dalam negara. Australia juga kekal sebagai salah satu dari pengeluar-pengeluar emas terbesar di dalam dunia kapitalis.

Logam berharga dan krisis tahun 2008

2008 adalah tahun khusus, secara mutlak semuanya telah susut nilai, dan emas tidak terkecuali. Tapi harganya telah bertahan lebih lama dari kebanyakan saham-saham syarikat, dan juga telah meningkat pada awalnya. Para pelabur telah mengeluarkan dana mereka dari pasaran saham dan telah melabur dalam logam-logam berharga.

Dollar murah – emas mahal

Ia selalu berlaku, bahawa apabila harga dollar jatuh, emas meningkat. Dan apabila dollar meningkat, harga logam ini menurun. Jika kita lihat pada carta sebut harga dollar terhadap matawang-matawang lain dan emas, kita akan lihat, bahawa ianya tidak selalunya begitu.


Pembeli-pembeli emas

Pembeli emas terbesar dunia adalah India. Negara ini beli banyak emas sebelum datangnya musim perkahwinan. Sambutan bermula selepas berakhirnya musim hujan. Harga emas selalunya meningkat sebelum musim “kering” India. Tapi jika terdapat suatu kemarau atau bencana alam yang lain, tidak harus menjangkakan tukang-tukang emas India untuk membeli banyak emas. Emas adalah secara aktifnya dibeli oleh negara-negara pengeluar minyak (UAE, Kuwait, Saudi Arabia), EU, Turkey, USA, Japan dan lain-lain.


Penjual-penjual emas

Antara penjual-penjual emas terbesar adalah China, Australia, Russia, Peru, RSA, Ghana dan Uzbekistan. Afrika Selatan telah hilang kedudukan dan jatuh dari tangga pertama ke tangga ke lima. Namun, emas negara merupakan stok yang terbesar di dunia.

Dagang emas, bukan kertas

Kebanyakan trader kekal pada pendapat ini. Tapi harga emas tidak selalunya menarik. Semua cakap-cakap bahawa harga emas hanya menaik adalah suatu mitos. Emas adalah komoditi, dimana harganya boleh naik dan jatuh. Pada zaman USSR, harga emas telah meningkat di dalam negara, tapi dalam “rubles”, ruble adalah “wooden”.

Emas dulu dan akan menjadi bebas caj

Dalam era prasejarah tiada kos emas. Bahkan apabila manusia wujud, ianya tiada harga pada ketika itu. Terdapat akan tiba masanya, dan emas tidak ada sebarang kos. Saya mahu percaya, bahawa ianya tidak dalam masa terdekat. Tetapi harus diingat, dan anda tidak membiarkan diri anda cuai dalam percakapan bahawa emas adalah universal dan akan ada permintaan yang tidak henti-henti.

Pesanan “pending buy”

Kebanyakan para trader tetapkan pesanan ‘pending buy’ sehinggalah harga emas meningkat. Jika emas mengalami kejatuhan harga, mereka boleh belinya lagi, tetapi dengan saiz lot yang lebih kecil. Strategi ini selalunya berkesan.

Rugi 50, untung 100

Pendekatan ini boleh mendatangkan keputusan yang positif, but only if the trend direction is identified correctly. If you lose 50 dollars and gain, for example, 300 dollars, this will bring you a few winning and lots of losing trades. Such tactics can also be profitable. One can make a ponzi scheme, but it is harder than in the stock market.

Siapa yang tidak dagang emas?

Emas adalah tiada pengecualian kepada peraturan. Sesiapa yang suka berjudi, bukan berdagang, tidak harus bazirkan masa dan duit mereka. Mereka yang ingin menjadi kaya dengan pantas, tidak harus jangka mana-mana perkara (kecuali untuk kebankrapan) dari pasaran ini.

Emas berikan anda makanan, emas berikan anda minuman, emas mengambil segala-galanya...
Dalam tahun 2013, emas, meskipun ramalan pakar-pakar, telah mula jatuh dan jatuh pada harga yang rendah. Dalam masa beberapa tahun, logam kuning pernah mencecah tahap 1050 bagi setiap troy auns. Saya tidak ingat mana-mana pakar yang berkata seperti “Maaf, saya telah membuat kesilapan”

Trading pada masa berita (news)

Ianya suatu yang susah untuk mendapat untung pada masa berita dalam mana-mana pasaran. Pasaran emas tidak juga terkecuali. Berita yang telah diterbitkan adalah tidak berguna lagi, dan ianya mustahil untuk meramal apa yang akan berlaku pada ketika itu. Berita mengenai satu gempa bumi di Peru dan kerosakan besar lombong-lombong emas boleh meningkatkan harga emas, tapi anda hanya akan ikut carta dengan pasif. Kekerapan terbitan berita boleh mendatangkan kelebihan kepada anda. Sebagai contoh, maklumat berkaitan kekurangan penghasilan emas dunia telah digunakan secara aktif oleh semua trader tukaran matawang.

Permintaan fizikal untuk logam

Emas telah digunakan bukan hanya dalam industry barang-barang kemas, pengumpul syiling, kemewahan, pergigian, tapi juga dalam urusan perbankkan dan kawasan-kawasan yang lain. Permintaan fizikal untuk logam berharga adalah tinggi, tetapi permintaan spekulatif adalah lebih tinggi. Jadi, jangan terperanjat, apabila anda melihat carta emas turun dan naik.

Hujung minggu dan gaps

Emas tidak pernah henti didagangkan atas pertukaran, dan pada hujung minggu harga juga berubah-ubah. Ianya tiada kejutan, apabila harga logam dibuka dengan gap pada hari Isnin. Sebagai peraturan, gaps adalah tidak besar dalam pasaran emas.

Bars atau Japanese candlesticks?

Jenis carta yang manakah sesuai digunakan apabila trading emas? Di negara-negara Barat bars telah digunakan selalu, di Asia dan kawasan post-Soviet – Japanese candlesticks. Ianya telah dijelaskan dengan mentaliti.

Hammer, inverted hammer dan informasi lain dalam pasaran
Pergerakan masa hadapan emas dalam pasaran boleh dijangkakan, menggunakan beberapa informasi dari analisa grafik, terutamanya, ‘daily candlesticks’. Candlesticks dan Japanese candlesticks menggabungkan “hammer”, “inverted hammer”, “belt hold” selalunya dengan tepat menjangkakan masa hadapan.

Mencari maklumat eksklusif
Informasi begini adalah dicari dalam mana-mana negara. Dalam RSA, terdapat banyak trader yang berhubung dengan ahli politik, berdagang ketua-ketua kumpulan, dan ketua-ketua tidak formal dari pelombong-pelombong. Ianya tidak mengejutkan, apabila para trader berkenaan akan dimaklumkan dengan lebih awal tentang satu mogok di Johannesburg, sebuah Bandar perlombongan terbesar, atau tentang piket anak-anak muda yang tiada pekerjaan kepada pejabat-pejabat korporat penghasilan emas.

Options atau CDFs

Para trader jawab soalan dengan sendirinya. Trading CFD adalah seperti online-trading dalam pasaran tukaran matawang. Dalam trading option seseorang mendapat keputusan dari trade selepas beberapa ketika. Kebanyakan para trader memilih trading CDF berbanding options.
Pelarasan bermusim dalam pasaran
Terdapat sedikit musim dalam pasaran emas dari masa ke semasa. Sebagai contoh, harga emas meningkat sebelum musim perkahwinan di India. Tetapi ia bukan selalu begitu. Perdagangan emas adalah urusan serius dan ianya tidak harus diambil mudah.

“Trend lines” dan “moving averages”

Kebanyakkan pemain-pemain matawang menggunakan “trend lines” dan “moving averages” apabila berdagang dengan instrumen ini. Aplikasi dari indikator-indikator lain dan ‘oscillators’ boleh juga dimanfaatkan. Tapi adalah mustahak bahawa para trader tidak harus keliru oleh data atau sesat dalam informasi yang tidak releven.


Emas untuk euro atau emas untuk U.S. dollars?

Kebiasaannya para trader belli emas untuk dollars. Tetapi euro tidak harus diketepikan juga. Terutamanya, apabila anda jangkakan naik atau turun harga matawang Eropah. Namun, euro adalah sangat murah sekarang, dan ianya tidak mungkin untuk turun nilai lebih jauh.

Apa nak buat dengan emas?

Pada masa ini, logam berharga kosnya rendah secara perbandingan. Pada penghujung bulan November, 2017, kosnya hanya 1280 USD setiap troy auns. Adakah ini masanya untuk membeli? Tiada siapa yang tahu tentang masa depan. Tapi masih, saya percaya harga emas akan meningkat dari masa ke semasa. Namun, ianya adalah suatu andaian sahaja. Mungkin, ada perlunya menetapkan suatu “buy pending order” rendah sedikit dari harga semasa, dan tunggu sehingga ianya menjadi lebih mahal.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini