Tidak, kami TIDAK bercakap mengenai dadah dan artikel ini tidak mempunyai kaitan dengan perkara 70an itu. Pasangan matawang bersilang sintetik merujuk kepada kombinasi buatan daripada matawang-matawang yang lazimnya tidak tersedia di dalam pasaran.
Jika anda sedang mengambil langkah-langkah pertama anda di dalam pasaran Forex, maka anda berkemungkinan tidak akan melabur wang yang besar padanya. Dan ini cukup baik, tetapi ingatlah bahawa bermula dengan baki yang kecil boleh juga membataskan capaian anda kepada jajaran luas instrumen dagangan.
Jangan bimbang. Sekarang ini, broker-broker Forex menawarkan satu jajaran lebar instrumen-instrumen dagangan, walaupun akaun-akaun asas. Pendatang-pendatang baru perlu mencuba pasangan-pasangan yang berbeza dan mencari pasangan-pasangan yang mereka gemari untuk berdagang.
Populariti pasangan matawang sintetik sedang jatuh hari demi hari. Ketika broker-broker bergelut untuk bertahan di dalam persekitaran yang kompetitif, tawaran-tawaran mereka menjadi lebih meluas. Tidak sekadar EURUSD, GBPUSD dan USDJPY dilihat pada skrin-skrin, tetapi juga silangan matawang seperti EURJPY atau EURCAD.
Matawang paling banyak diniagakan: dollar US (USD), dollar Kanada (CAD), euro (EUR), pound British (GBP), franc Swiss (CHF), dollar New Zealand (NZD), dollar Australia (AUD) yen Jepun (JPY).
Pasangan matawang bersilang yang muncul: USD/CAD, EUR/JPY, EUR/USD, EUR/CHF, USD/CHF, EUR/GBP, GBP/USD, AUD/CAD, NZD/USD, GBP/CHF, AUD/USD, GBP/JPY, USD/JPY, CHF/JPY, EUR/CAD, AUD/JPY, EUR/AUD, AUD/NZD.
Adakah anda fikir ini adalah cukup? Baik, untuk kebanyakan daripada kita mereka cukup, tetapi masih terdapat kes-kes di mana 'traders' perlukan kombinasi-kombinasi buatan yang seorang broker tidak akan masukkan di dalam tawaran yang ditetapkan sebelumnya.
Pasangan matawang sintetik sebenarnya perlu dilihat sebagai dua pasangan matawang, dengan dollar US mengambil peranan sebagai matawang pengantara di dalam operasi.
Contoh: anda mahu berdagang EURJPY dan pasangan ini tidak ditawarkan oleh broker anda sebagai pasangan matawang bersilang. Apa yang anda buat? Anda perlu mencari hubungan lazim di antara kedua-duanya. Benar, dollar.
EURJPY: EURUSD + USDJPY
Beli EURJPY: Beli EUR Jual USD + Beli USD Jual JPY
Jua EURJPY: Jual EUR Beli USD + Jual USD Beli JPY
Mengoperasikan pasangan matawang sintetik memerlukan anda membuka dua posisi yang berbeza, yang bermakna kos berganda untuk anda ditambah keperluan untuk mengunci modal yang tidak perlu untuk keperluan margin.
Cadangan: kecuali anda pergi kepada YANG BESAR, maka lebih baik kekal selamat menggunakan silangan matawang dan meninggalkan sintetik untuk institusi-institusi kewangan berdagang volum-volum besar.