Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang lebih baik terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu susulan jangkaan kenaikan lagi kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed).

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.0280/0310 berbanding dolar AS daripada 4.0210/0250 yang dicatatkan pada sesi penutup Selasa.

Peniaga berkata, pelabur yakin dolar AS akan terus meningkat memandangkan dasar monetari AS lebih cenderung menaikkan kadar faedah berbanding bank pusat lain.

"Dolar AS meningkat hari ini berikutan jangkaan Fed akan terus menaikkan kadar faedah," katanya.

Sementara itu, unit tempatan juga diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9550/9577 daripada 2.9523/9569 pada Selasa dan turun berbanding yen kepada 3.6655/6685 daripada 3.6634/6681.

Unit tempatan turun berbanding pound kepada 5.3230/3286 daripada 5.3198/3267 pada Selasa dan susut berbanding euro kepada 4.6886/6925 daripada 4.6881/6936 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini