Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari pertama separuh kedua tahun ini, sebahagiannya disebabkan ketidaktentuan di peringkat luaran yang menyumbang kepada penurunan di pasaran sedang pesat membangun.

Pada jam 6 petang, unit tempatan disebut pada 3.9770/9800 daripada 3.9780/9820 semalam.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran FXTM Global, Jameel Ahmad berkata krisis politik di Itali memberi kesan kepada pasaran global dan menggalakkan pergolakan pada awal minggu ini.

"Selain itu, berita Presiden AS, Donald Trump mengenakan tarif perdagangan mendorong prestasi bercampur-campur di pasaran pertukaran asing Asia pada Jumaat," katanya.

Sementara itu, unit tempatan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.2902/2946 daripada 5.3059/3116 pada Khamis dan hampir tidak berubah berbanding euro pada 4.6551/6594 daripada 4.6551/6605 sebelum ini.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9728/9761 daripada 2.9749/9785 dan naik berbanding yen kepada 3.6393/6430 daripada 3.6542/6589 pada Khamis. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini