Satu Krisis Kewangan Besar Sedang Menghampiri? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Satu Krisis Kewangan Besar Sedang Menghampiri?


Ketika sentimen pasaran-pasaran Eropah bertambah teruk di dalam berita perkembangan politik semasa di Itali dan Sepanyol, pelabur 'Billionaire' George Soros menjangkakan “krisis kewangan besar seterusnya”.

“Kesatuan Eropah adalah di dalam satu krisis kewujudan. Setiap perkara yang boleh menjadi salah telah menjadi salah,” Soros berkata di satu mesyuarat yang dianjurkan oleh Majiis Eropah berkenaan Hubungan Asing.

Pada pendapatnya, satu-satunya cara keluar untuk EU adalah “untuk memperbaharui semula dirinya.” Soros - pengasas dan pengerusi 'the Open Society Foundation' - mengenal-pasti tiga masalah yang sekarang ini mengancam masa depan blok ini: krisis pelarian, pemidahan negara-negara utama (Ex. Brexit) dan polisi-polisi ketat.

Faktor-faktor ini telah membataskan perkembangan ekonomi Eropah untuk bebrapa tahun ke belakang, seperti yang diterangkan Soros. Di sebalik hakikat itu Soros mengsiytiharkan dirinya pro-Kesatuan Eropah, beliau menekankan yang setiap negara perlu mempunyai hak untuk membuat keputusan sama ada menerima atau tidak pelarian dan di dalam berapa kuantiti.

Menurut peraturan Dublin negara yang pelarian itu pertama sekali masuki adalah secara besarnya bertanggungjawab untuk memperoses suaka tersebut. Tindakan ini telah mencipta ketidakseimbangan yang kuat di antara negara-negara di dalam kesatuan itu, terutamanya untuk mereka yang bersempadan dengan laut Mediterranean.

Berkenaan dengan “kebergantungan kepada penjimatan”, Soros percaya inilah masanya untuk Bank Pusat Eropah untuk mula membetulkan haluannya ke dalam normalisasi polisi. keadaan minda yang halus di kalangan warga Eropah digunakan untuk kelebihan populis dan ahli-ahli politik anti-EU.
Sementara itu, gabenor 'Bank of Italy' Ignazio Visco memberi amaran bahawa negara itu adalah berisiko kehilangan “aset percaya”, merujuk kepada parti-parti 'anti-sceptic' yang menerajui pungutan suara.

“Peraturan permainan ini boleh didebat; malahan dikritik; mereka pastinya boleh ditambah-baik,” Visco berkata di dalam ucapan tahunannya. “Namun, kita tidak boleh mengabaikan kekangan-kekangan berperlembagaan: melindungi simpanan, mengimbangi akaun dan menghormati perjanjian ini.”

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini