Siapa Yang Menguasai Perlumbaan Pasaran Hadapan Kripto? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Siapa Yang Menguasai Perlumbaan Pasaran Hadapan Kripto?



Bitcoin diniagakan pada hampir $20,000 seunit, setiap orang mahu melompat ke dalam pasaran wang kripto dan 'CME and Cboe Global Markets' baru sahaja mengumumkan pasaran hadapan bitcoin. Ini adalah pada akhir tahun 2017 dan kegirangan ini kelihatan abadi. Tetapi kebanyakan orang salah.

Bila pasaran hadapan kripto dilancarkan di dalam 'CME and Cboe', harga Bitcoin bergerak ke bawah dengan sangat cepat, jatuh dari paras tertinggi sejarah menuju hampir $7,000. Beberapa penganalisa percaya bahawa pergerakan ini adalah sekadar reaksi semulajadi kepada pengenalan pasaran hadapan itu, yang diawasi oleh pengawal-selia US.

'CME and Cboe' bukanlah satu-satunya yang mendapat kelebihan daripada kategori baru pasaran hadapan ini. 'The Intercontinental Exchange' (ICE) juga memperkenalkan pasaran hadapan kriptonya pada permulaan tahun 2018.

Tidak. Tidak semua nama ada di dalam senarai itu. Sebenarnya terdapat satu lagi nama untuk ditambah: Nasdaq. Ketika indeks saham ini tidak memasukkan pasaran hadapan wang kripto untuk dagangan, ia telah membekalkan perkhidmatan teknologi kepada sekurang-kurangnya empat bursa kripto.

SBI Holdings melaporkan pada hari Isnin bahawa satu perjanjian di antara syarikat dagangannya SBI Japannext dan Nasdaq berkait dengan bursa wang kripto.

SBI Virtual Currencies menyasarkan untuk menawar 'spreads' (tebaran) terkecil dil luar sana dengan bergantung kepada 'matching system technology; (teknologi sistem padanan) Nasdaq. Nasdaq telah berusaha bersama SBI Japannext sejak tahun 2012.

Tunggu sekejap! Itu bukan kesemuanya yang Nasdaq perlu tawarkan... Syarikat yang berpusat di New York itu juga membekalkan Gemini - bursa kripto yang ditubuhkan oleh kembar Winklevoss - dengan Nasdaq Smarts, yang secara asasnya bertindak untuk mengawasi aktiviti dagangan luar biasa di dalam platform-platform.

Perancangan untuk masa hadapan?
Nasdaq tidak cuba untuk menjual teknologi sebagai fokus baru untuk perniagaannya, tetapi hanya sebagai satu cara untuk membuat tunai dengan masa dan pengalaman yang berharga sambil pakar-pakar bekerja untuk pelancaran pasaran hadapan bitcoin.
Menurut sumber-sumber berkaitan dengan perkara ini, Nasdaq boleh memperkenalkan pasaran hadapan wang kripto pada separuh kedua tahun ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini