5 Teknik untuk tentukan aras sokongan dan rintangan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

5 Teknik untuk tentukan aras sokongan dan rintangan



Tiada pedagang boleh membayangkan hidupnya berdagang tanpa aras sokongan dan rintangan. Aras-aras ini mentakrifkan sempadan pada mana suatu pasangan matawang akan didagangkan dan mencetus gerakan pantas pada harga.

Mari kita bentangkan definisi ringkas untuk kedua-dua perkataan ini. Aras rintangan adalah satu aras di mana harga suatu pasangan yang sedang meningkat sukar untuk tembus mengatasinya. Ini tidak bermaksud aras rintangan itu tidak dapat ditembusi langsung oleh pasangan itu – boleh, tetapi harus ada faktor-faktor yang benar-benar kuat yang mendorongnya. Jika tidak, harga pasangan akan berpatah balik ke bawah. Aras sokongan pula sifatnya seperti lantai bagi pasangan yang harganya sedang merosot, kerana ia memperlahankan kadar penurunan kemerosotan harga. Pasangan tersebut boleh tembus ke bawah aras sokongan, tetapi kecenderungan untuk harga memantul semula ke atas pada aras ini adalah tinggi.

Justeru itu, aras-aras ini membantu menentukan di mana kita harus buka dan tutup dagangan untuk mendapatkan keuntungan. Kerana itulah ianya penting untuk mengetahui cara-cara menentukannya dengan tepat. Kami telah kumpulkan teknik-teknik terbaik yang anda boleh gunakan untuk mencari aras-aras sokongan dan rintangan.


  • Swing tinggi dan rendah


Mari kita mulakan dengan takrifan ringkas "Swing tinggi dan rendah". Suatu "swing tinggi" adalah harga tinggi dalam suatu pergerakan harga. Bila harga bergerak menaik dan menurun, ia membentuk gelombang, jadi swing tinggi merujuk kepada harga puncak di dalam suatu gelombang tersebut, sebelum ia menurun semula. Sebaliknya, "swing rendah" merujuk kepada harga terendah dalam gelombang, sebelum ia meningkat semula.

Ia antara teknik yang paling ringkas. Anda akan menemui semua yang diperlukan di carta dan anda tidak akan memerlukan apa-apa perkakas atau indikator. Apa yang anda perlukan hanyalah menandakan harga tinggi dan rendah di waktu lalu yang terhampir. Anda perlu mencari harga-harga tertinggi dan terendah yang dekat dengan harga semasa. Pilih aras yang paling nyata, yang harga tidak tidak berdaya untuk tembusi dan lantas membalik. Lebih kerap harga membalik dari suatu aras itu, lebih kuat aras tersebut. Aras tersebut tidak perlu ditentukan terlalu tepat, kerana harga biasanya jarang menyinggah tepat pada angka yang sama, ia biasanya beberapa pip lebih tinggi atau rendah. Untuk menandakan aras yang anda temui ini, lukiskan garisan horizontal.

Sila lihat pada carta. Aras 1.15 tampak seperti ia adalah sokongan yang kuat untuk EUR/USD. Pasangan ini melantun semula dari aras itu dua kali: pada penghujung Mei dan di pertengahan Jun.




  • Aras-aras Psikologi


Aras psikologi muncul bila sebut harga berakhir dengan 0 (lebih banyak sifar pada aras tersebut, aras tersebut dianggap lebih signifikan). Contohnya 1.50, 95.00 dsb. Aras-aras psikologi wujud kerana fitrah manusia. Contohnya, jika anda tanya kepada seseorang tentang harga yang beliau jangkakan bagi GBP/USD di suatu masa yang akan datang, kebarangkaliannya nipis bahawa beliau akan menyebut 1.3028-1.4123. Dia akan lebih cenderung menyatakan ramalan 1.30-1.40. Jadi menggunakan logik ini, bila para pedagang meletakkan pesanan, mereka akan memilih angka-angka "bulat", dan justeru dari itu pasangan tersebut didagangkan di dalam julat angka tersebut.

Mari kita lihat pada carta. Indeks dolar AS tidak berdaya memecah aras $95 untuk masa yang sangat lama. Malah bila ia berjaya menembusinya pun, ia tidak mampu bertahan lama di atas aras tersebut.



Aras Kesetaraan (parity level, 1.0000) adalah aras psikologi yang paling penting. Contohnya, para pedagang sangat musykil sama ada EUR/USD akan mengena aras kesetaraan atau tidak pada 2015-2017. Ketika itu, kejatuhan euro tersekat pada paras 1.0350.

• Garisan trend

Anda harus selalu ingat bahawa "trend is your friend" dan ia membantu anda di dalam pelbagai suasana perdagangan. Tidak sukar untuk menentukan trend. Lihat pada carta. Jika anda lihat harga meneruskan pergerakan ke atas atau ke bawah untuk suatu masa yang panjang, maka ia sebuah trend. Harga tinggi yang lebih tinggi (higher highs) dan harga rendah yang lebih tinggi (higher lows) mentakrifkan pasaran yang sedang uptrend. Begitu juga sebaliknya, harga tinggi yang lebih rendah (lower highs) dan harga rendah yang lebih rendah (lower lows) mentakrifkan suatu pasaran itu sedang downtrend.

Ketika mencari trend, anda harus ingat bahawa garisan tidak boleh horizontal dan ia harus menyambungkan sekurang-kurangnya 2 titik (2 harga tinggi dan 2 harga rendah). Di samping itu, titik kedua yang dilintasi oleh garisan trend yang anda lukis haruslah 20-30 kandil jauhnya dari titik yang pertama.

Lebih banyak harga yang menyentuh garisan trend, lebih kuat trend tersebut.

Mari kita lihat pada carta NZD/USD. Di situ anda boleh lihat uptrend. Apa yang anda perlu lakukan adalah melukiskan garisan trend melintasi setiap puncak. Hasilnya, garisan ini akan menjadi rintangan bagi pasangan ini. Anda juga boleh lukiskan garisan menerusi harga-harga terendah dan anda akan mendapat aras sokongan.

Teknik yang sama terpakai untuk downtrend.






  • Indikator titik pivot


Bila anda gunakan indikator ini, anda akan lihat 3 garisan rintangan, 3 garisan sokongan, dan 1 titik pivot yang menjadi sempadan yang menentukan pergerakan harga selanjutnya. Jika ia didagangkan di atas titik pivot, pergerakan seharusnya bullish, begitu jgua sebaliknya jika ia di bawah titik pivot, pergerakan bearish dijangkakan.

Aras-aras rintangan dan sokongan menunjukkan sasaran tepat suatu aset bergantung kepada rangka masa yang anda pilih. Satu kelebihan bagi indikator pivot adalah aras ini berubah setiap kali rangka masa yang anda pilih berakhir.

Nota: Anda boleh pilih mana-mana rangka masa, namun, kami mencadangkan rangka masa mingguan. Indikator ini menunjukkan sasaran minggu tersebut bagi pasangan yang dipilih, jadi anda boleh merangka rancangan bagi jangka waktu yang lebih panjang.

Sila lihat pada carta, anda boleh lihat di penghujung minggu, pasangan ini memecah sokongan pada 0.69. namun ia tidak mampu memecah sokongan berikutnya pada 0.6850, jadi ia membalik.




Untuk belajar menggunakan indikator ini di MetaTrader, anda boleh baca artikel kami.

Pengunduran Fibonacci

Perkakas ini digunakan untuk menentukan aras sokongan dan rintangan, atau untuk mengunjurkan prospek skop pergerakan harga. Matlamat utamanya adalah untuk mencari pembetulan harga (price correction) yang mungkin pada suatu trend utama. Aras kunci untuk pengunduran (retracement) adalah 38.2%, 50%, dan 61.8%, inilah aras-aras sokongan atau rintangan yang terkuat bergantung kepada arah pergerakan harga.

Penggunaan perkakas ini sangat mudah. Lukis garisan trend antara harga tertinggi dan terendah. Jika anda mahu belajar cara menggunakan indikator ini dengan lebih baik, anda boleh pelajarinya di sini.

Mari kita lihat carta EUR/USD. Anda boleh lihat pasangan ini melantun dari aras Fibo 38.2 dan bergerak ke 50.0. Aras 50.0 akan menjadi sokongan bagi EUR/USD.


Petua kecil: anda tidak semestinya perlu memilih hanya salah satu teknik. Anda boleh gabungkan mereka, jadi anda akan dapat sasaran yang lebih tepat.

Kesimpulannya, kita boleh katakan bahawa aras rintangan dan sokongan adalah kunci kepada perdagangan yang menguntungkan. Anda boleh gunakan salah satu teknik di atas atau gabungkan mereka, tetapi yang pasti anda perlu gunakan mereka untuk mengurangkan risiko dan tingkatkan keuntungan anda.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini