Bitcoin merosot sebanyak 4%, ethereum jatuh sebanyak 5% - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bitcoin merosot sebanyak 4%, ethereum jatuh sebanyak 5%


Permodalan Bitcoin jatuh sebanyak 20 billion dollar untuk 24 jam lepas, manakala harga untuk satu koin digital wang kripto bitcoin jatuh ke bawah paras $ 6,300.

Jualan di dalam pasaran bitcoin meningkat di dalam awal dagangan Eropah hari ini, manakala pengurangan mendadak direkodkan untuk jumlah volum pasaran. Pasaran ini merekodkan kejatuhan 7 peratus daripada $ 274 billion kepada $ 252 billion di dalam tempoh masa yang pendek. Bitcoin merosot daripada $ 6,730 kepada $ 6,300 membawa lebih tekanan di tengah-tengah pasaran-pasaran kripto lain yang juga mengalami tekanan jualan mendadak yang meningkat.

Minggu lepas, volum bitcoin memulih sedikit kepada kira-kira $ 5 billion, selepas jatuh ke bawah tanda $ 3.5 billion. Minggu ini, volum bitcoin jatuh kepada 3.9 billion. Di dalam hari-hari kendatang, jika harga botcoin tidak dapat melantun semula dengan segera kepada $ 6,700 di dalam sesi dagangan seterusnya, menguji tanda $ 6,000 adalah sangat berkemungkinan.

Adalah belum jelas apa yang menyebabkan kejatuhan wang kripto peneraju itu, tetapi adalah jelas bahawa jualan berskala besar seperti itu disebabkan bukan hanya faktor-faktor teknikal, tetapi juga mempunyai latar belakang berita dan fundamental. Sebelumnya dilaporkan bahawa 'MyEtherWallet', dompet sumber terbuka wang kripto popular yang menyokong 'chrome' yang sambungan 'chrome' telah digodam, yang dengan segera membawa kepada peningkatan di dalam aktiviti pengguna 'MyEtherWallet'.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini