Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2018 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Majlis Makan Malam Perdana InstaForex 2018


Selamat datang ke halaman pendaftaran bagi acara utama untuk para pelanggan dan rakan niaga InstaForex – Majlis Makan Malam Perdana 2018. Pada tahun ini, majlis dan pertemuan kami akan berlangsung pada 8 Disember 2018 yang bertempat di Hotel Marriott Putrajaya yang indah.











Sempena menyambut ulang tahun ke-11 syarikat InstaForex, pihak kami telah menyediakan satu persembahan yang menakjubkan untuk anda semua. Para tetamu kami yang hadir akan menikmati program yang menghiburkan, pelbagai jenis pertandingan dan hadiah, serta kejutan istimewa yang luar biasa.



Sekiranya anda merupakan salah seorang pelanggan kami, maka jumlah deposit dalam akaun dagangan anda hendaklah sekurang-kurangnya AS $400 dan jumlah dagangan yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya sebanyak 20 lot*;

Untuk mendaftar sebagai seorang pelanggan VIP, anda perlu mempunyai jumlah deposit dalam akaun anda sekurang-kurangnya sebanyak AS $ 5,000 dan jumlah dagangan yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya sebanyak 20 lot*.

* semua deposit dan tawaran untuk tahun 2018 akan diambil kira.

Sekiranya anda adalah rakan niaga kami, maka kumpulan affiliasi anda hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya 5 pelanggan aktif yang unik dengan jumlah deposit sekurang-kurangnya sebanyak AS $ 2,000 dan jumlah dagangan sekurang-kurangnya adalah sebanyak 100 lot*.

Untuk pendaftaran sebagai seorang rakan niaga VIP, kumpulan affiliasi anda hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya sebanyak 30 pelanggan aktif yang unik dengan jumlah deposit adalah tidak kurang daripada AS $ 20,000 dan jumlah dagangan sekurang-kurangnya adalah sebanyak 100 lot*.

* semua pelanggan yang dirujuk, deposit dan tawaran untuk tahun 2018 akan diambil kira.

Tetamu VIP yang terpilih bagi Majlis Makan Malam Perdana akan menginap di Hotel Marriott Putrajaya bertaraf 5 bintang secara percuma. Hanya 15 VIP terawal yang mendaftar akan mendapat penginapan percuma.

Untuk menjadi salah seorang daripada tetamu dalam majlis kami, sila isikan borang di bawah. Bersegera mendaftar, tempat duduk adalah terhad!




Para tetamu dan hadirin dari Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Penang, Ipoh, Kedah, dan Pahang akan dihantar ke hotel di mana majlis makan dilangsungkan dengan menggunakan bas yang selesa secara percuma.

InstaForex

Pihak kami amat berbesar hati dan teruja untuk bertemu dengan anda pada 8 Disember 2018 di Putrajaya - IOI Resort City, Sepang Utara, 62502 Putrajaya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini