Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini sejajar dengan prestasi positif pasaran ekuiti tempatan yang didorong oleh pengukuhan harga minyak, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.0950/0980 berbanding dolar AS daripada 4.0980/1020 pada Isnin.

Peniaga berkata, mata wang tempatan disokong oleh minat untuk mengambil risiko yang lebih baik dalam pasaran susulan kebimbangan mengenai perang perdagangan yang semakin berkurangan berikutan AS dan Mexico mengumumkan perjanjian perdagangan baharu.

"Mata wang Amerika Syarikat (AS), yang meningkat berbanding mata wang lain sejak beberapa bulan ini disebabkan peningkatan ketegangan perdagangan antara AS dan rakan dagangnya, turut susut daripada kenaikan yang berterusan susulan ketegangan perdagangan yang semakin berkurangan," katanya.

Sementara itu, unit tempatan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0062/0095 daripada 2.9998/0038 pada Isnin dan merosot berbanding euro kepada 4.7920/7963 daripada 4.7606/7657.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini