Ringgit lemah di awal dagangan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit lemah di awal dagangan


KUALA LUMPUR: Ringgit didagangkan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan awal hari ini disebabkan penyusutan harga minyak global melemahkan sentimen untuk membeli ringgit.
Pada 9.08 pagi, ringgit berada pada 4.0745/0775 daripada 4.0740/0770 penutup semalam.
Peniaga berkata, mereka bimbang harga rendah minyak mentah akan mengurangkan pendapatan negara daripada sektor minyak dan gas, selain gementar berhubung dagangan luaran, disebabkan oleh ketegangan geopolitik antara China dan AS.
Minyak mentah AS susut 12 cent kepada AS$66.82 satu tong, manakala penanda aras Brent susut dua cent pada AS$72.26.
Berbanding mata wang utama lain, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah kecuali berbanding pound British yang meningkat kepada 5.2443/2498 daripada 5.2567/5614 pada Rabu.
Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 2.9876/9913 daripada 2.9870/9897, berkurangan berbanding yen kepada 3.6764/6801 daripada 3.6723/3756 dan susut berbanding euro kepada 4.7293/7340 daripada 4.7242/7293. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini