Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini memandangkan sentimen belian kembali lemah susulan kekurangan minat belian, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.1430/1460 berbanding dolar AS daripada 4.1420/1470 ketika ditutup pada Rabu.

Bagaimanapun, sentimen lemah menyelubungi ringgit dapat diredakan oleh jaminan yang dibuat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini bahawa mata wang tempatan akan meningkat pada jangka sederhana selepas isu kewangan yang dihadapi negara diselesaikan.

Ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Nota tempatan rendah berbanding yen kepada 3.7170/7204 daripada 3.7161/7210 pada Rabu dan turun berbanding euro kepada 4.8129/8168 daripada 4.8018/8093 semalam.

Ringgit lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0181/0216 daripada 3.0104/0151 semalam dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.4066/4126 daripada 5.3979/3060 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini