Ringgit mengukuh berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Selepas tiga hari mencatat penurunan, ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini di tengah-tengah kenaikan harga minyak, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1380/1420 berbanding dolar AS daripada 4.1390/1430 jam enam petang semalam.

Peniaga berkata, sentimen di pasaran positif selepas Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus, kenaikan ketiga tahun ini.

“Pembuat dasar mengekalkan rancangan untuk mengukuhkan dasar monetari dan menjangka ekonomi akan menikmati pertumbuhan sekurang-kurangnya tiga tahun lagi. Ini mencetuskan selera baharu terhadap pasaran mata wang,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0308/0340 daripada 3.0320/0354 Rabu dan menokok berbanding euro kepada 4.8638/8689 daripada 4.8695/8747.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen kepada 3.6668/6707 daripada 3.6648/6699 dan lebih lemah berbanding pound British kepada 5.4518/4596 daripada 5.4486/4543.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini