September 2018 - HotForex - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

September 2018 - HotForex



Keselamatan Dana Anda ialah Keutamaan kami

Kami di HotForex memahami bahawa pedagang yang berjaya perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap dagangan, bukannya bimbang tentang keselamatan dana mereka. Oleh itu, kami mengambil langkah selanjutnya bagi memastikan tahap keselamatan yang mencukupi bagi dana anda.



Insurans Mendahului Pasaran

Syarikat ini telah meningkatkan usaha bagi melindungi liabilitinya terhadap Pelanggan dan pihak ketiga yang lain dengan program insurans Liabiliti Sivil bagi had sebanyak €5,000,000, yang termasuk perlindungan mendahului pasaran terhadap ralat, ketinggalan, kecuaian, penipuan dan pelbagai risiko lain yang mungkin menyebabkan kerugian kewangan.

Pelanggan kami tidak dikenakan kos tambahan untuk perlindungan ini.

Lihat Sijil Insurans

HotForex Security


Peneraju industri; keselamatan kewangan mendahului

Jenama HotForex telah menjadi peneraju global dalam dagangan dalam talian, mengkhusus dalam forex, CFD ke atas saham AS dan UK, komoditi, logam lani dan indeks. Keselamatan dana pelanggan telah menjadi sebahagian daripada falsafah kami di samping syarat dagangan dan sokongan pelanggan yang tiada bandingannya. Dengan pengiktirafan global terhadap kecemerlangan, reputasi yang kukuh serta perkhidmatan yang memenangi pelbagai anugerah, pelanggan kami diberikan jaminan bahawa dana mereka disimpan dengan selamat.


Akaun dengan bank-bank utama

HotForex membuat keputusan untuk hanya menggunakan bank-bank global utama. Kekuatan dan kedudukan antarabangsa jenama HotForex memboleh syarikat ini memberikan kecairan melalui bank-bank utama.


Pengasingan dana

Dana pelanggan diterima dalam akaun bank yang berasingan daripada bank yang digunakan oleh syarikat. Dana-dana ini tidak dimasukkan dalam kunci kira-kira dan tidak boleh digunakan untuk membayar balik pemberi pinjaman jika berlaku kejadian tidak diingini seperti keingkaran Syarikat.


Perlindungan baki negatif

Turun naik kerap berlaku dalam pasaran. Dasar perlindungan baki negatif HotForex bermakna walaupun dalam keadaan turun naik yang tinggi apabila panggilan margin dan henti keluar tidak berfungsi dengan betul, pelanggan tidak bertanggungjawab untuk membayar balik baki negatif.


Pengurusan Risiko

Syarikat sentiasa mengenal pasti, menilai dan memantau setiap jenis risiko yang berkaitan dengan operasinya. Ini bermakna menilai secara berterusan keberkesanan dasar, penyusunan dan prosedur sedia ada yang membolehkan syarikat dengan mudah dapat menanggung keperluan kewangan mereka dan keperluan modal pada bila-bila masa.

HotForex Best brooker

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini