Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini kerana sentimen negatif menyelubungi permintaan terhadap mata wang tempatan, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1595/1625 berbanding dolar AS daripada 4.1590/1620 pada Isnin.

Ketua Dagangan OANDA Asia-Pasifik, Stephen Innes, berkata ketidaktentuan risiko global, penyusutan harga minyak dan kelemahan prabajet, menyaksikan kebanyakan pelabur tidak memasuki pasaran.

“Fokus berikutnya adalah data indeks harga pengguna (CPI) minggu ini, bagaimanapun melihat kepada suasana inflasi yang hangat tahun ini, ia berkemungkinan menukar pasaran kepada penurunan kadar faedah terhadap dasar Bank Negara Malaysia pada masa depan,” tambahnya.

Ringgit didagangkan kebanyakan tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali yen Jepun.

Ia meningkat berbanding pound British kepada 5.3928/3971 daripada 5.4183/4239 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0122/0148 daripada 3.0166/0194 pada Isnin.

Ringgit meningkat berbanding euro kepada 4.7668/7706 daripada 4.7841/7880 semalam, tetapi berbanding yen Jepun, ia susut sedikit kepada 3.6891/6925 daripada 3.6857/6887.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini