Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keenam berturut-turut hari ini sejajar dengan mata wang di negara membangun.

Dolar AS condong ke arah meningkat ketika selera risiko terus berkurang di tengah-tengah jualan besar-besaran di pasaran, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1680/1710 berbanding dolar AS daripada 4.1655/1675 pada Rabu.

Ketua Perdagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata jualan semalaman di Wall Street melemahkan sentimen pasaran global dan menyebabkan sentimen lemah untuk ekuiti.

Pengukuhan dolar AS memberi tekanan ke atas ringgit, katanya.

“Kebimbangan mengenai belanjawan juga terus menjejaskan sentimen pasaran. Setakat ini, yuan China agak terkawal tetapi jika ia semakin lemah, yang dijangka berlaku awal minggu depan, ringgit boleh mencecah sasaran jangka terdekat saya iaitu 4.18 berbanding dolar AS,” katanya.

Bagaimanapun, berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur ketika ditutup hari ini.

Mata wang tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0214/0242 daripada 3.0194/0215 pada Rabu dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.7098/7135 daripada 3.6977/7012 semalam.

Ringgit tidak berubah berbanding euro pada 4.7549 / 7595 tetapi menambah berbanding pound Britain kepada 5.3780/3835 daripada 5.3831/3865 pada Rabu.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini