Ringgit mengukuh kecuali berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh kecuali berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini berikutan minit mesyuarat terkini Rizab Persekutuan mengisyaratkan kemungkinan mengenakan kos pinjaman yang lebih tinggi.

Pada 9.21 pagi, ringgit berada pada 4.1530/1590 berbanding dolar AS daripada 4.1490/1530 semalam.

Peniaga berkata, minit mesyuarat itu menunjukkan ahli lembaga bersetuju kos pinjaman perlu dinaikan lagi, yang melonjakkan indeks dolar AS dan pulangan perbendaharaan ke paras tertinggi dalam seminggu.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0123/0170 daripada 3.0177/0212 penutup semalam dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6860/6923 daripada 3.6965/7011.

Ringgit juga mengukuh berbanding euro kepada 4.7743/7824 daripada 4.7987/8046 dan menokok berbanding pound British kepada 5.4375/4458 daripada 5.4522/4591.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini