Ringgit mengukuh, yuan China terendah 10 tahun - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh, yuan China terendah 10 tahun



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, sungguhpun AS dijangka mengumumkan untuk mengenakan satu lagi tarif ke atas barangan China seawal Disember.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1770/1820 berbanding dolar AS daripada 4.1780/1820 penutup Isnin.

Kemungkinan penambahan tarif untuk kali ketiga, menyebabkan yuan China jatuh ke paras terendah 10 tahun berbanding dolar AS.

Peniaga berkata, perang perdagangan yang berlarutan antara AS dan China dijangka semakin parah sekiranya rundingan antara Donald Trump dan Xi Jinping bulan depan gagal.

"Pelabur sudah mula mencari tempat lain untuk melabur di luar China bagi mengelak kenaikan tarif.

"Malaysia boleh meraih manfaat daripadanya berikutan negara memiliki asas ekonomi kukuh yang boleh menyediakan kestabilan jangka panjang kepada pelabur," katanya kepada BERNAMA.

Ringgit juga didagangkan kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang utama.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0189/0230 daripada 3.0218/0258 dan berbanding yen Jepun ia mengukuh kepada 3.7106/7160 daripada 3.7247/7286.

Ringgit menokok berbanding pound British kepada 5.3474/3555 daripada 5.3562/3630 tetapi susut berbanding euro kepada 4.7509/7570 daripada 4.7537/7600. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini