Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit menamatkan dagangan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas peniaga memilih untuk membeli aset selamat di tengah-tengah ketegangan perdagangan AS-China, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1940/1980 berbanding dolar AS daripada 4.1930/1960 pada penutup Rabu.

Ketua Pedagang Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata pelabur memantau rapi pertemuan antara Presiden AS, Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping di Argentina bagi mendapatkan isyarat mengenai sebarang keredaan perang dagang dengan sentimen memihak kepada hasil yang diharapkan.

“Terdapat cadangan praktikal untuk memastikan dialog ini dibuka selepas Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik tidak berjaya,” katanya.

Ringgit lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0526/0560 daripada 3.0519/0545 dan lebih rendah berbanding yen Jepun kepada 3.7131/7177 daripada 3.7119/7149.

Ringgit lemah berbanding pound British kepada 5.3629/3705 daripada 5.3582/3637 dan susut berbanding euro kepada 4.7824/7874 daripada 4.7729/7784 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini