Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini seiring dengan mata wang serantau berikutan sentimen global yang lemah, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1880/1920 berbanding dolar AS daripada 4.1860/1900 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Dagangan Asia-Pasifik OANDA, Stephen Innes, berkata pendirian imigrasi ketat Presiden AS Donald Trump, yang menimbulkan persoalan mengenai Perjanjian AS-Mexico-Kanada (USMCA) yang diumumkan baru-baru ini, serta ancaman untuk menaikkan lagi tarif ke atas import China, menjejaskan sentimen berisiko global.

“Sentimen risiko diburukkan oleh pendirian imigrasi ketat Trump yang mengugat USMCA selain kenyataan mengenai tarif pada pagi ini yang ditujukan kepada China,” katanya.

Trump berkata, AS tidak akan berdagang dengan Mexcico sekiranya hubungan tidak baik dan ingin melihat negara itu mengusir migran kembali ke Amerika Tengah.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0440/0474 daripada 3.0484/0530 pada Isnin dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.6853/6898 daripada 3.6969/7008.

Unit tempatan kukuh berbanding pound Britain kepada 5.3393/3461 daripada 5.3727/3791 semalam dan stabil berbanding euro kepada 4.7366/7420 daripada 4.7603/7665.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini