Ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kerana aktiviti pengambilan untung muncul selepas mata wang tempatan itu didagangkan tinggi berbanding dolar AS sejak empat hari lalu.

Pada jam 9.02 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1540/1590 berbanding dolar AS daripada penutup Selasa sebanyak 4.1450/1500.

Seorang peniaga berkata, penurunan harga minyak mentah, ditambah dengan kebimbangan sama ada AS dan China akan dapat menyelesaikan perang perdagangan mereka berikutan rundingan baru-baru ini, juga menghambat minat pelabur.

“Faktor ini juga mempengaruhi prestasi ringgit,” tambahnya.

Pada pembukaan, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura pada 3.0399/0455 daripada 3.0393/0441 pada Selasa dan lemah berbanding yen kepada 3.6813/6867 daripada 3.6756/6810.

Bagaimanapun, berbanding euro, ringgit meningkat kepada 4.7102/7163 daripada 4.7299/7376 dan meningkat berbanding pound kepada 5.2810/2886 daripada 5.3089/3166.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini