Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat belian yang berterusan terhadap mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.1500/1550 berbanding dolar AS daripada 4.1660/1700 pada penutup Khamis.

Ketua Dagangan OANDA Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata mata wang tempatan seharusnya tenang berikutan peningkatan harga minyak, bersama peningkatan dalam pasaran ekuiti global.

“Ini adalah dua perkara positif penting untuk pasaran modal Malaysia di sebalik kekukuhan dolar AS,” tambahnya.

Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent meningkat 1.92 peratus kepada AS$53.74 selepas turun naik baru-baru ini.

Perkara sebenar untuk pasaran minyak adalah pengesahan daripada Menteri Tenaga Rusia, Novak, yang menyuarakan harapan untuk pasaran yang lebih stabil pada separuh pertama 2019 dan yang paling penting, mencadangkan 100 peratus kerjasama antara OPEC dan sekutunya dalam menyokong pasaran," kata Innes.

Sementara itu, ringgit kebanyakan tinggi berbanding mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound British kepada 5.2468/2548 berbanding 5.2600/2667 pada Khamis tetapi susut berbanding euro kepada 4.7488/7550 daripada 4.7459/7521.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0336/0384 daripada 3.0329/0369 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7597/7653 daripada 3.7576/7618.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini