Ringgit dibuka kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka kukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka kukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini.

Pada 9.10 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1100/1150 berbanding 4.1120/1150 pada penutupan semalam.

Seorang peniaga berkata kenaikan harga minyak mentah selepas laporan menunjukkan pengeluaran oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) susut bulan lalu, membantu meningkatkan sentimen.

Di samping itu, pelabur juga menyambut baik cadangan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin untuk menarik balik beberapa atau kesemua tarif yang dikenakan ke atas import China, di tengah kebimbangan berterusan terhadap pergolakan Brexit.

Secara keseluruhannya, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0303/0362 daripada 3.0318/0344 pada Khamis dan meningkat berbanding euro kepada 4.6817/6890 daripada 4.6844/6895 semalam.

Unit tempatan juga mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7606/7659 daripada 3.7811/7850 sebelum ini, namun rendah berbanding pound Britain kepada 5.3315/3396 daripada 5.2954/ 2009. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini