KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, kata seorang peniaga.
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.1080/1130 berbanding penutup Selasa pada 4.1030/1080.
Menurut peniaga berkenaan, pasaran rendah sedikit selepas keuntungan baru-baru ini berikutan kurangnya berita tempatan yang
menggerakkan pasaran.
“Dolar kekal kukuh berbanding beberapa mata wang utama di tengah-tengah data ekonomi yang tidak terkawal dan undi untuk Brexit,” tambahnya.
Secara keseluruhan, dagangan bercampur-campur pada sesi pagi.
Ringgit kukuh berbanding dolar Singapura pada 3.0306/0348 daripada 3.0312/0360 dan euro pada 4.6868/6933 daripada 4.6910/6975 semalam, selepas data menunjukkan ekonomi Jerman perlahan pada 2018.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding pound British pada 5.2808/2885 daripada 5.2777/2874 memandangkan sterling mencatatkan keuntungan semula selepas kejatuhan mendadak walaupun Perdana Menteri, Theresa May, kalah dalam undian Brexit pada Selasa.
Ringgit juga lemah berbanding yen pada 3.7879/7936 daripada 3.7788/7844.