Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini dalam keadaan sentimen pasaran bercampur-campur, kata peniaga.

Pada 9.30 pagi, ringgit kekal pada 4.0940/0980 berbanding dolar AS, seperti yang dicatatkan ketika penutup pasaran pada Jumaat.

Peniaga berkata, sentimen dipengaruhi oleh dolar AS yang lemah, berikutan prospek suram bagi kenaikan kadar faedah tahun ini, ditambah kenaikan harga minyak mentah berikutan penanda aras, minyak mentah Brent naik meningkat 0.07 peratus kepada AS$60.52 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0283/0320 daripada 3.0297/0338 yang dicatatkan pada Jumaat, dan tinggi berbanding euro kepada 4.6975/7025 daripada 4.7155/7217.

Unit tempatan menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.7795/7843 daripada 3.7785/7832 serta rendah berbanding pound Britain kepada 5.2641/2696 daripada 5.2203 / 2270.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini