Ringgit tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini berikutan harga minyak global yang lebih tinggi meningkatkan sentimen pasaran terhadap unit tempatan.

Pada 9.20 pagi, ringgit berada pada 4.1100/1150 berbanding dolar AS daripada 4.1120/1160 semalam.

Peniaga berkata harga minyak global meningkat berikutan langkah mengurangkan bekalan oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum membantu mengawal pasaran.

“Harga minyak yang lebih tinggi dilihat sebagai positif kepada pendapatan minyak dan gas Malaysia,” katanya.

Niaga hadapan minyak mentah antarabangsa Brent meningkat 44 cents kepada AS$57.77 setong manakala niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) naik 33 cents kepada AS$48.85 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain kecuali yen, yang mana ia meningkat kepada 3.7849/7905 daripada 3.8004/8044 semasa ditutup semalam.

Unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0296/0335 daripada 3.0284/0334, turun berbanding pound kepada 5.2518/2602 daripada 5.2424/2491 dan susut berbanding euro kepada 4.7113/7187 daripada 4.7037/7099.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini