Adakah Brexit akan menggoncang GBP sekali lagi? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Adakah Brexit akan menggoncang GBP sekali lagi?



Kegagalan teruk Brexit di Parlimen bulan lalu tidak menjejaskan posisi Perdana Menteri British. Sejak itu, Theresa May telah dengan terdesak cuba mendapatkan perjanjian yang ideal, yang akan memuaskan semua pihak. Sungguh begitu, percubaan terakhir beliau tidak menghasilkan sebarang perubahan yang cukup baik ke atas rundingan perjanjian Brexit sedia ada.

Pertama sekali, Ketua Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker mengesahkan bahawa perjanjian sedia ada antara EU dan Great Britain tidak boleh dirundingkan lagi. Juga, pembangkang dari Parti Buruh menimbulkan persoalan tentang kemungkinan untuk menangguhkan tarikh akhir Brexit (29 Mac). Kini, hari penentu berikutnya bagi Brexit dan Great Britain, secara amnya, adalah 13-14 Februari.

Pada 13 Februari, Theresa May akan berucap kepada Parlimen British tentang kemajuan yang dicapai beliau dalam mengubah terma rundingan. Selepas itu, pada 14 Februari, parlimen British akan memperdebatkan rundingan beliau dan mencadangkan perubahan. Adakah ia akhirnya akan diluluskan oleh Parlimen? Tiada siapa tahu lagi. Tetapi isu "Irish Backstop" masih lagi belum selesai. Penyatuan kastam mungkin satu penyelesaian yang mungkin bagi masalah ini, tetapi Theresa May menentangnya.

Jika ahli-ahli parlimen kerajaan boleh bersepakat untuk setuju terhadap perubahan kepada butiran perjanjian sedia ada, ia akan membuka pintu kepada rundingan seterusnya dengan Kesatuan Eropah. Kesannya, pasaran akan menghargai berita ini dan GBP akan meningkat. Sebaliknya, jika kerajaan British dan ahli-ahli parlimen tidak boleh bersetuju dengan perubahan tersebut, matawang British akan menderita.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini