Ringgit dibuka tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong permintaan positif terhadap unit tempatan itu berikutan sentimen ekonomi yang kukuh di pasaran tempatan, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0620/0660 berbanding 4.0760/0810 pada Jumaat minggu lalu.

Peniaga berkata, pelabur menyambut baik data indeks harga pengguna (IHP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, minggu lalu.

Menurut data itu, IHP menyusut pada Januari, buat julung kali dalam tempoh sedekad dengan indeks keseluruhan menurun 0.7 peratus pada Januari 2019 kepada 120.5 berbanding 121.3 pada bulan sama tahun sebelumnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia susut berbanding pound British kepada 5.3078/3147 daripada 5.3065/3135 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6674/6720 daripada 3.6770/6825 pada Jumaat.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0091/0132 daripada 3.0119/0165 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6079/6141 daripada 4.6214/6287 pada Jumaat.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini