Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah, selepas meningkat baru-baru ini, berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.0690/0740 berbanding dolar AS daripada 4.0650/0700 semasa ditutup pada Isnin.

Peniaga berkata, unit tempatan berada di bawah tekanan disebabkan harga minyak merosot lebih tiga peratus pada Isnin susulan gesaan Presiden AS Donald Trump bagi Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk memudahkan usaha bagi menaikkan harga minyak mentah, yang dikatakannya terlalu tinggi.

Niaga hadapan minyak mentah Brent semalaman jatuh AS$2.36, atau 3.5 peratus, untuk ditutup kepada AS$64.76 setong manakala West Texas Intermediate ditutup AS$1.78, atau 3.1 peratus, lebih rendah kepada AS$55.48.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali yen Jepun.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0161/0209 daripada 3.0113/0155 pada Isnin, susut berbanding euro kepada 4.6244/6321 daripada 4.6130/6203 dan berkurangan berbanding pound British kepada 5.3638/3708 daripada 5.3170/3240.

Berbanding yen Jepun, unit tempatan naik kepada 3.6711/6759 daripada 3.6721/6769 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini