Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit menyusut daripada keuntungan semalam dan ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, menjejaki prestasi kebanyakan mata wang utama Asia, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.0650/0680 berbanding dolar daripada 4.0640/0690 pada penutupan semalam.

Seorang peniaga bekata mata wang Asia menyusut daripada penutupan tinggi semalam, dengan dolar mengukuh setelah pelabur mengkaji kenyataan oleh ketua peruncing perdagangan AS dan China dengan pegawai Rizab Persekutuan.

Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Ia tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.6688/6718 daripada 3.6798/6854 pada Rabu dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0140/0167 berbanding 3.0155/0197.

Unit tempatan rendah berbanding euro kepada 4.6304/6343 daripada 4.6301/6378 dan susut berbanding pound British kepada 5.4065/4108 daripada 5.3970/3053 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini