Gambar dan Video : Seminar Eksklusif Dagangan Swing Berakhir di Kuala Lumpur - 16 Februari 2019 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Gambar dan Video : Seminar Eksklusif Dagangan Swing Berakhir di Kuala Lumpur - 16 Februari 2019



Sukacitanya ingin kami maklumkan gambaran ringkas mengenai salah satu seminar pendidikan terbaru yang dianjurkan XM di Kuala Lumpur, yang telah direka khas untuk pelabur yang berhasrat untuk mengembangkan pengetahuan dagangan mereka melalui bantuan seminar yang profesional.

Acara yang berlangsung di ibu negara Malaysia pada 16 Februari adalah eksklusif dalam erti kata lain ia menampilkan gabungan bersama dua pengajar forex yang terkenal iaitu Zulle Razak dan Mohd Helmi Izani, serta terima kasih juga kepada sebilangan besar peserta yang menghadiri seminar ini. Selain itu, seminar ini memberi peluang kepada para peserta untuk memperoleh pengetahuan berharga tentang dua perkara berbeza dan dalam masa yang sama menghubungkan dua topik iaitu teknik konfluens dan teknik dagangan swing.

Pelanggan baru dan sedia ada kami yang menyertai seminar tersebut bukan sahaja dapat mempelajari bagaimana untuk menggabungkan beberapa teknikal analisis teknikal dengan berjaya untuk meningkatkan keseluruhan prestasi dagangan tetapi mereka juga berpeluang untuk bertemu empat mata dengan Zulle Razak, Mohd Helmi Izani dan wakil syarikat yang berada di sana.

Bagi pihak XM, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada peserta seminar kerana menghadiri acara pendidikan yang dianjurkan dan kami berbesar hati menjemput mereka yang terlepas menghadiri seminar untuk mendaftar seminar pendidikan yang akan datang di Malaysia.






















































































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini