Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula daripada aliran penurunan pada minggu lalu untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan harga minyak lebih baik dan mata wang AS yang lemah.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.0860/0930 berbanding dolar AS daripada 4.0890/0930 semasa ditutup pada Jumaat lalu.

Pada masa ini, penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent naik 0.09 peratus kepada AS$65.80 setong manakala minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) meningkat 0.18 peratus kepada AS$56.17 setong.

Peniaga berkata, dolar AS berada di bawah tekanan pada Jumaat lalu susulan data senarai gaji yang lebih rendah daripada jangkaan yang mewujudkan kebimbangan baharu mengenai pertumbuhan global yang perlahan.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0051/0107 daripada 3.0064/0104 semasa dicatatkan pada Jumaat lalu dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.2995/3090 daripada 5.3509/3577.

Unit tempatan, bagaimanapun, susut berbanding yen Jepun kepada 3.6844/6917 daripada 3.6798/6847 dan merosot berbanding euro kepada 4.5878/5960 daripada 4.5842/6895 sebelum ini. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini