Affiliations dan Affirmations dalam Perdagangan:
Persatuan Pedagang dan Psikologi Perdagangan
Persatuan Pedagang: definisi, jenis, kebaikan dan keburukan. Psikologi seseorang pedagang: bagaimana untuk membina affirmations terhadap motivasi dan keyakinan.
Beritahu saya, apakah pilihan anda: perdagangan individu dalam sebuah rumah yang selesa dan nyaman (walaupun kesemuanya berada dalam kes anda, termasuklah burung nuri) atau perdagangan kolektif, di mana setiap ahli bersiap sedia untuk menawarkan pertolongan kepada anda? Persatuan perdagangan kelihatan lebih menarik secara teori. Perdagangan kolektif terdapat kebaikannya sendiri, tetapi pasukan yang ideal bukan salah satu daripadanya. Dalam ulasan ini, saya akan mengkaji kelebihan dan kekurangan bekerjasama dalam satu pasukan, dan juga menyentuh mengenai bagaimana untuk membina affirmations: bagaimana ia berfungsi, bagaimana untuk membinanya dengan betul, dan sudah tentunya, saya akan memberikan anda contoh yang sebenar.
Perdagangan dalam satu pasukan dan sistem perdagangan psikologi: bagaimana untuk menenangkan dan mengurus diri anda sendiri
Affiliations dan affirmations. Affiliation adalah satu keinginan untuk berada dalam syarikat orang lain, sesorang perlu mewujudkan kepercayaan dalam hubungan, percintaan, persahabatan, komunikasi – kesemuanya terkandung dalam istilah tersebut.
Affirmations adalah kenyataan, pemikiran, dialog dalaman yang berdasarkan psikologi untuk membantu dalam matlamat dan memberi rangsangan motivasi. Sebagai contoh, bangun pagi dan berfikir: "Saya perlu bangun dan bersenam" adalah satu bentuk affirmations, tetapi frasa berikutnya akan memberi motivasi lebih baik: "Saya akan berdiri (kelakuan untuk bertindak) untuk bersenam kerana saya mahu menjadi kuat dan sihat. "Affirmations bukan hanya sekadar frasa, merangsang kelakuan, dan hasilnya bergantung di atas penyataan yang dibina.
* Affirmations dan affiliations bukan sahaja berkait rapat terhadap perdagangan, tetapi boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dalam ulasan ini saya akan berbincang mengenai:
* Perdagangan individu dan kolektif: kebaikan dan keburukan: Jenis perdagangan kolektif.
Affirmations: mengapa kita perlukan penyataan yang menggalakkan, contoh frasa motivasi. Bagaimana untuk membina affirmations dan mengapa ianya mungkin tidak berfungsi.
Saya berharap dapat membantu anda!
Perdagangan dalam sebuah pasukan merangkumi beberapa format:
Manusia adalah sebuah masyarakat. Kami bekerja bukan sahaja kerana dibayar atau untuk pertumbuhan kerjaya kami. Kami juga menyukainya kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan, melihat senyuman mereka, bertukar berita, menenangkan diri dan mengalihkan perhatian diri dari sebarang permasalahan. Perdagangan adalah sejenis freelancing, satu jenis pekerjaan di mana seseorang menguruskan masa mereka sendiri dan bertanggungjawab atas keputusan mereka sendiri, serta memilih tempat kerja mereka.
Untuk pedagang professional, perdagangan dalam pasaran kewangan adalah tugas utama mereka, dan pejabat mereka kebiasaannya di rumah. Persekitaran rumah sangat menenangkan – ianya merupakan satu kelebihan. Tetapi apabila seorang pedagang adalah sebahagian daripada satu pasukan, di mana mereka boleh sentiasa berjumpa untuk mendapatkan nasihat atau hanya berehat, persekitaran ini juga mempunyai kelebihannya. Jadi yang mana lebih baik: perdagangan kolektif atau individu?
Perdagangan dalam sebuah pasukan merangkumi beberapa format:
* Bekerjasama ke arah satu matlamat. Contoh: pasukan syarikat pelaburan yang mengurus modal pelabur. Pedagang mengurus satu atau beberapa portfolio pelaburan, menggantikan satu sama lain atau bertanggungjawab ke atas tanggungjawab mereka.
* Bekerjasama dalam tugas individu. Mereka bekerja dalam satu bilik yang sama, tetapi kesemuanya bekerja untuk diri mereka sendiri. Format ini popular dalam kerjaya broker.
* Bekerja dari jarak jauh dalam satu pasukan. Satu jenis format gabungan, di mana saya merujuk kepada komunikasi dalam forum perdagangan, rangkaian sosial, dan banyak lagi.
Pasukan pedagang boleh merangkumi sifat heterogeneous (pedagang baru dan professional) dan homogenous dari segi kemahiran dan keupayaan. Jenis kedua adalah lebih stabil, dengan syarat tiada konflik kepentingan wujud dalam pasukan tersebut. Hasil daripada kerjasama tersebut boleh mencapai objektif seperti berikut:
* Penyatuan pedagang untuk menggabungkan modal. Pedagang dalam pasukan membuka akaun tunggal dan mengumpul fund untuk mewujudkan dana pelaburan atau memenuhi keperluan broker untuk deposit minimum. Kadang-kala terdapat masalah dengan pengagihan keuntungan dan kawalan ke atas pergerakan fund dalam akaun, oleh itu perjanjian kontrak harus dilaksanakan. Sekurang-kurangnya ia dapat melindungi modal anda dari sudut pandangan undang-undang.
* Menggabungkan pengetahuan pedagang untuk membuat strategi, skrip, atau robot yang unik.
* Menggabungkan modal pedagang dengan matlamat untuk membeli sesuatu: data sejarah terhadap ujian (jika tidak boleh dapatkannya secara percuma), langganan analisis, penasihat, dan banyak lagi. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan kos, di mana ianya sangat tinggi bagi pedagang individu.
Perdagangan kolekif terdiri daripada beberapa kebaikan:
- Komunikasi. Ia sangat penting disebabkan oleh peluang yang wujud untuk mendapatkan nasihat, kerana kemungkinan besar orang lain pernah berada dalam situasi yang sama. Walaubagaimanapun, kadang-kadang nasihat akan mendorong kepada kebingungan, terutamanya apa bila anda tiada keyakinan diri. Tetapi percanggahaan idea sering digunakan kerana kebenaran datangnya dari sesuatu pertikaian.
- Peluang permulaan. Kebiasaannya seseorang pedagang dalam syarikat pengurusan menguruskan modal dari pihak ketiga lebih dari modalnya sendiri. Tanggungjawabnya dan risiko menjadi lebih tinggi. Tambahan lagi, kesemua pedagang akan terjejeas jika terdapat satu kesalahan dari salah seorang pedagang.
- Perdagangan sepanjang masa. Ianya juga merupakan satu pilihan terhadap perdagangan individu, tetapi seseorang perlukan rehat pada satu masa, oleh itu terdapat batas dalam penggunaan strategi. Dalam sesebuah pasukan, pedagang boleh menggantikan satu sama lain. Mereka boleh menjual lebih banyak instrumen dan menggunakan lebih banyak strategi jangka pendek. Walaubagaimanapun, dalam hal ini anda perlu mempelajari strategi pedagang lain.
- Penyelesaian terhadap tempat kerja. Rumah adalah tempat keselesaan dan kesenangan yang sukar untuk menggalakkan seseorang untuk bekerja. Dalam senario lain, keluarga anda mungkin akan mengganggu proses kerja anda. Pejabat adalah tempat yang tidak akan mengalihkan perhatian anda dari tugas anda.
Disiplin perdagangan kolektif dan juga melaksanakan fungsi psikologi. Secara teori, perdagangan affiliation boleh mebawa kepada kesan aura positif: menggabungkan usaha beberapa orang dapat memberi kesan yang lebih besar (ini adalah keadaan di mana 2 + 2 = 5). Keperluan untuk mematuhi jadual dan peraturan pasukan membentuk anda dan menggalakkan persaingan yang sihat (keinginan untuk menjadi lebih baik).
Perdagangan kolektif sangat menarik. Adakah anda sudah berfikir untuk menjadi salah seorang pasukan perdagangan? Ambil masa anda untuk memikirkannya, kerana masih terdapat bahagian lain terhadap coin ini.
Jenis-jenis perdagangan kolektif dan keburukannya
Malangnya, teori dan praktikal tidak selalunya sama. Semua yang diterangkan di atas adalah contoh pasukan ideal, yang hampir dengan definisi utopia dan sangat jarang berlaku kerana sifat manusia dan "undang-undang orang ramai".
Jenis-jenis perdagangan kolektif dalam kehidupan sebenar:
1. Guru dan pelajar. Ahli pasukan diibaratkan sebagai guru perdagangan dan beberapa pedagang baru yang ingin menjana wang dengan mudah dan cepat di Forex. Mereka mungkin tidak berminat untuk berdagang, tetapi pemikiran untuk mendapatkan wang dengan mudah sangat menggoda. Tiada siapa akan menerima pedagang baru untuk pasukan profesional, jadi menjalani kursus adalah satu-satunya peluang untuk mereka masuk ke dalam persekitaran dagangan. Pasukan sedemikian boleh digambarkan sebagai:
* tidak mempunyai matlamat yang sama (seseorang datang untuk mempelajari sesuatu yang baru, dan seseorang tidak tahu menahu apa yang mereka lakukan);
* mempunyai tahap kemahiran yang berlainan (seseorang sekurang-kurangnya perlu mendengar mengenai MT4 dan CFDs, dan seseorang tidak mempunyai ilmu matematik yang cukup untuk mengira kadar pertukaran atau jumlah dagangan).
Ianya akan berakhir dengan tangisan. Guru boleh mengejar beberapa matlamat: mendapat bayaran untuk kursus atau mempromosikan broker tertentu kepada pelajar. Akibatnya, pedagang dalam pasukan hanya menerima beberapa jenis produk jualan, di mana mereka tidak dapat menggunakannya, dan kepada mereka yang telah mencubanya akan kehilangan wang dalam jangka masa panjang. Hanya segelintir yang akan membuahkan hasil, selain daripadanya hanyalah membuang masa dan wang.
2. Sebuah kumpulan profesional. Ianya adalah pasukan profesional, di mana setiap orang mempunyai kepakaran mereka sendiri: pedagang, pemasaran, penguji, pengurus. Pasukan sedemikian boleh membuat skrip baru dan penasihat, strategi, atau membentuk satu pasukan syarikat pengurusan yang ideal. Mereka boleh membangunkan projek PAMM atau LAMM. Pasukan ini mempunyai:
* koheren, disiplin, dan tanggungjawab;
* matlamat yang sama, semangat korporat;
* keupayaan untuk berunding antara satu sama lain dan pemimpin yang kuat dan berkarisma.
Untuk menyertai pasukan itu, seorang pedagang harus mempunyai pengetahuan yang unik. Ianya berguna kepada pasukan, dan pasukan itu seharusnya memberi manfaat kepada pedagang. Gabungan kedua-dua faktor tersebut jarang berlaku: profesional sering melakukan tugasnya bersendirian, dan sukar buat pedagang baru untuk membuktikan nilai mereka. Di sini kita harus menyebut konsep perdagangan prop.
3. Pasukan pedagang baru yang aktif. Pasukan yang terdiri daripada pedagang telah mengetahui asas-asas dan memutuskan untuk menyertai sesebuah dengan pasukan. Sebagai contoh, mereka bertemu di forum atau acara khusus (mungkin juga di kursus).
Pasukan sedemikian mempunyai:
* pemahaman yang lemah mengenai matlamat yang perlu dilaksanakan;
* tiada pengalaman dan, akibatnya, mencuba untuk menceburi aset lain, strategi, dan sebagainya;
*pendekatan demokratik, di mana sesuatu perbincangan untuk menyelesaikan masalah tertentu akan mengambil masa yang lama.
Lama kelamaan, pasukan tersebut akan dibahagikan kepada pemimpin, ahli pertengahan dan ahli yang lemah. Yang lemah akan menjadi taat tanpa mempertimbangkan pendapat mereka sendiri, para pemimpin akan menghiraukan pendapat mereka, dan orang tengah akan sedar bahawa peristiwa tersebut tidak bermanfaat untuk pasukan dan memutuskan untuk berhenti. Dari sudut kewangan, hasilnya kurang baik. Senario kes terbaik adalah kewujudan tulang belakang pasukan dan kemunculan pemimpin tunggal. Tetapi adakah mereka mempunyai sifat kepimpinan dan berminat untuk mempunyai sebuah pasukan?
4.Pasukan yang ramah. Antara rakan-rakan, pada satu masa seseorang mungkin datang dengan idea yang baik - "Marilah berdagang!". Pasukan ini hampir sama seperti sebelumnya dengan satu pengecualian: di sini kesemuanya sedar akan potensi masing-masing, di mana ia akan memudahkan interaksi dan mengenal pasti seorang pemimpin. Walaubagaimanapun, masalah yang wujud tetap sama:
- tidak rela untuk bertanggungjawab terhadap kerugian kolektif;
- kepelbagaian pasukan (peluang kewangan yang berbeza, pengetahuan, pengalaman).
Kebiasaannya sahabat menjadi musuh selepas mempunyai perniagaan bersama. Perdagangan juga tidak terkecuali.
Masalah kebanyakan pasukan, pasukan perdagangan juga tidak terkecuali, boleh dikategorikan seperti berikut:
- Tahap pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang berbeza. Pedagang baru akan menghadapi masa yang sukar dalam mana-mana pasukan.
- Kepentingan konflik. Ia tercetus dalam pertikaian, ketidaksetujuan, pelanggaran peraturan dalaman, dan sebagainya. Kebanyakan konflik dalam pasukan wujud daripada perbezaan psikologi dan matlamat yang berbeza.
- Ketidakupayaan untuk membuat keputusan segera. Secara individu, seorang pedagang boleh melakukannya secara intuitif, mereka tidak mempunyai perselisihan dalam dalam pemikiran mereka. Membuat keputusan kolektif mengambil masa yang panjang. Tambahan lagi, setiap orang dalam pasukan berusaha untuk mengelak dari bertanggungjawab terhadap kesilapan yang boleh memusnahkan perkongsian.
- Perwatakan berbeza. Malangnya, perkara-perkara yang tidak menyenangkan seperti iri hati, keengganan untuk patuh, tidak bertanggungjawab bukanlah perkara baru dalam sesebuah pasukan.
Perdagangan kolektif = kehilangan wang dan hubungan.
Ringkasan. Untuk berjaya dalam pasukan, anda perlu mencari pasukan seperti ini. Pilihan yang ideal adalah setiap ahli pasukan memahami dengan jelas tanggungjawab mereka, di mana wujudnya suasana yang mesra, dan setiap ahli kumpulan mendapat keuntungan. Seseorang berjaya mencarinya.
Tetapi dalam kebanyakan kes, perdagangan bergerak secara individu. Perdagangan kolektif lebih menarik minat untuk pedagang baru. Selepas mendapat pengalaman, mereka cenderung untuk berdagang secara individu pada satu masa. Apakah pilihan anda?
Psikologi seorang pedagang: bagaimana untuk mengatasi diri sendiri dan berkerja untuk mencapai kejayaan
Salah satu kelebihan utama perdagangan kolektif adalah peluang untuk mendapat sokongan pada setiap saat, termasuk sokongan psikologi. Dalam perdagangan individu, pembantu mereka adalah diri mereka sendiri. Mereka juga adalah musuh terhadap diri sendiri. Beritahu saya, pernahkan anda hilang kepercayaan? Saat-saatnya seperti di bawah:
* ia seolah-olah kesemuanya sedang musnah, tidak seperti yang dirancangkan;
* anda memikirkan untuk berhenti dari berdagang dan melakukan sesuatu yang lain;
* anda telah hilang kepercayaan dan kekuatan diri
Dalam psikologi perdagangan wujudnya konsep affirmations. Ianya adalah kepercayaan yang diformulasikan sebagai ungkapan, seperti jampi yang mengubah sikap anda ke sikap yang positif. Mereka boleh membantu anda mencari ketenteraman minda dan bersifat tenang dalam apa jua keadaan. Di bawah ini saya akan memberikan contoh beberapa frasa motivasi yang boleh membantu anda membentuk sistem perdagangan psikologi:
1. Saya adalah seorang pedagang berjaya. Saya akan berjaya dalam segala-galanya kerana saya telah menetapkan matlamat dan mencapainya:
a. Saya bertanggungjawab terhadap kebahagiaan dan kejayaan saya sendiri, hasil tindakan saya bergantung kepada saya.
b. Saya sentiasa yakin dalam apa yang saya lakukan. Saya tidak mengambil keputusan terburu-buru.
c. Saya berjaya kerana saya boleh mengkaji situasi dan membuat kesimpulan yang tepat, walaupun terdapat kesalahan yang dilakukan.
d. Saya sentiasa tenang dengan diri saya sendiri. Emosi saya berada dalam kawalan, saya sentiasa sedar akan segala tindakan yang diambil.
e. Saya mengetahui kunci utama dalam perdagangan dan bagaimana untuk mengambil risiko.
2. Matlamat saya adalah keuntungan yang stabil. Ianya bermaksud:
a. Saya sentiasa yakin dengan diri saya sendiri.
b. Saya nikmati apa yang saya lakukan, Tidak kira apa keputusannya, saya akan tetap berpuas hati.
c. Saya bukan sahaja menikmati keputusan semata-mata tetapi proses itu sendiri.
d. Saya mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menunggu tempoh bahaya tanpa membuka satu posisi.
e. Saya tidak mengejar keuntungan. Saya lebih cenderung untuk menjana pendapatan stabil dengan risiko yang rendah
f. Saya tidak buka posisi tanpa sebab yang munasabah.
g. Saya hanya buka sesuatu posisi apabila saya telah mengkaji semua faktor dan yakin dengan tindakan saya. Sebelum membuat satu keputusan, saya sentiasa merumuskan alasannya.
3. Saya percaya dengan tindakan saya sepenuhnya:
a. Saya suka strategi saya. Saya bekerja mengikut jadual yang telah dirancang, walaupun hati saya memberitahu yang sebaliknya. Saya tidak membuat keputusan tanpa sebab.
b. Saya tidak berputus asa terhadap strategi tersebut jika kerugian masih dalam terkawal.
c. Saya sentiasa bersedia untuk mengubah tindakan saya jika situasi pasaran berubah.
d. Saya memahami bahawa perancangan yang baik lebih penting dari cita-cita saya sendiri.
e. Saya mengkaji pasaran sebelum membuat sesuatu keputusan. Saya tidak buka dagangan atas dasar emosi.
f. Saya menguruskan dagangan yang dibuka. Saya memahami jika kesemuanya dilakukan dengan betul, kebarangkalian untuk rugi tidak termasuk.
4. Saya mengawal risiko setiap perdagangan. Ia membawa maksud:
a. Saya telah mengira kesemua risiko dan potensi sebelum berdagang.
b. Saya tidak menggunakan teknik risiko tinggi (sebagai contoh, Martingale) untuk memulihkan kerugian.
c. Saya telah bersedia untuk tutup dagangan jika risiko melebihi dari rancangan.
d. Saya bersedia untuk menerima sebarang kerugian. Ianya tidak akan menghentikan dan memaksa saya untuk meninggalkan matlamat jangka masa panjang saya.
5. Hanya saya yang bertanggungjawab ke atas semua keputusan saya dan akibatnya:
a. Hanya saya yang boleh dipersalahkan jika terdapat kerugian, dan bukan orang lain. Kesalahan saya adalah satu sebab untuk mempertimbangkan semula pendekatan terhadap perdagangan dan memahami kekurangannya.
b. Saya tegas dalam mengikut disiplin dan tidak membenarkan sebarang penyimpangan.
c. Perdagangan bukan sahaja membawa keuntungan, tetapi membantu dalam personaliti dan perwatakan saya.
d. Saya tidak khuatir selepas keputusan telah dibuat.
e. Saya boleh menilai kebolehan saya dan menetapkan matlamat yang ingin dicapai.
f. Saya boleh menguruskan emosi saya.
6. Keputusan saya tidak mudah akan terjejas terhadap faktor luar:
a. Saya mengkaji faktor-faktor asas dan teknikal. Saya mempunyai pengetahuan dan pengalam praktikal. Saya tahu situasi tersebut. Oleh itu, saya tidak perlukan sebarang cadangan ketika ini.
b. Saya bersedia untuk mendengar sebarang kritikan. Saya bersedia untuk mempertahankan pendapat saya.
c. Saya cuba untuk mengabaikan “trade noise”: penghakiman cetek, maklumat berlebihan dalam media, dan sebagainya.
d. Saya tidak akan terganggu daripada perbincangan dalam bilik dan forum ketika berdagang.
e. Saya akan berbincang isu bersama pedagang lain apabila saya menghadapi kerugian atau untuk berehat seketika.
7. Perdagangan merupakan satu kerjaya untuk saya, bukan satu permainan:
a. Saya menggunakan jurnal pedagang untuk membantu saya menyimpan rekod perdagangan, termasuk sifat dan hasilnya.
b. Saya mengagihkan keuntungan, menggunakan sebahagian daripadanya untuk pelaburan semula dan melabur dalam projek yang lain.
c. Saya cuba untuk mempelajari sesuatu yang baru setiap hari.
Saya boleh membuat banyak pernyataan seperti ini, tetapi ianya haruslah sesuai dengan pandangan dan kepercayaan pedagang. Peraturan asas mewujudkan affirmation adalah dengan melakukannya secara peribadi. Seperti yang anda lihat, saya menggunakan kata ganti "Saya" dalam setiap frasa. Affirmation harus mengandungi panggilan untuk bertindak ("saya akan lakukan", "saya akan mencapai") atau menjelaskan sifat dengan sebab-sebab tertentu ("Saya lakukannya kerana ..."). Anda juga boleh menggunakan kata ganti "anda" jika anda membuat rakaman audio dengan affirmations. Ia tidak disyorkan untuk menggunakan ayat "tidak" dalam affirmations - dalam psikologi perdagangan, "tidak" adalah simbol penolakan.
Anda boleh melakukan versi affirmations yang mudah: tulis "Saya pedagang yang berjaya" di sekeping kertas dan ulanginya seberapa kali yang mungkin. Anda harus mempercayainya. Apabila anda mengulangi sesuatu dengan bilangan yang banyak, anda akan mula mempercayainya pada tahap separa sedar (ini adalah bagaimana psikologi seorang pedagang berfungsi).
Terdapat banyak kritikan terhadap pendekatan ini kepada psikologi pedagang. Hujah mereka adalah tiada manfaat dari menulis frasa dan membazirkan masa untuk mengulanginya, anda perlu bertindak. Sudah tentu, ianya lebih mudah untuk bergantung kepada tongkat sihir dari melakukannya sendiri. Pendapat ini boleh diambil untuk semua masyarakat, kerana setiap orang dilahirkan berbeza dan terdapat banyak cara untuk mencapai kejayaan.
Sebab mengapa affirmations tidak mungkin berfungsi:
- Matlamat tidak realisitik;
- Tiada sambungan atau tindakan (hubungan di antara penyataan);
- Membina frasa yang salah
Mungkin mereka tidak berfungsi kerana sesetengah orang tidak mahu mempercayai hipnosis diri. Walaubagaimanapun, di sini anda boleh menggambarkan satu analogi dengan agama: seseorang mengamalkan atheis, dan bagi seseorang yang mempunyai kepercayaan adalah sesuatu yang memberi mereka kekuatan untuk hidup. Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri.
Kesimpulannya. Perdagangan adalah satu pekerjaan yang rumit. Ada yang sanggup melakukannya sendiri; ada yang memerlukan sokongan pasukan. Ada yang menumpukan strategi; ada yang memberi perhatian kepada keadaan emosi mereka. Affirmations adalah teknik untuk membantu pedagang dalam perdagangan individu dan kolektif. Tambahan lagi, hasil positif bergantung pada psikologi, perancangan, iaitu pengurusan diri sendiri dan tindakan seseorang. Membina sistem perdagangan psikologi anda sendiri adalah asas kejayaan masa depan.
Adakah anda mempelajari maklumat yang berguna dari artikel ini? Apa yang patut saya fokuskan dalam ulasan seterusnya? Komen di bawah dan kongsi ulasan ini dalam sosial media! Semoga berjaya dalam menguasai seni perdagangan!
P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)