Kaum Hawa dan Forex: Mengapa Bilangan Mereka Terlalu Sedikit Dan Mengapa Ia Harus Berubah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Kaum Hawa dan Forex: Mengapa Bilangan Mereka Terlalu Sedikit Dan Mengapa Ia Harus Berubah


Forex bermula sebagai tempat di mana kaum Adam membincangkan hal-hal duit dan wanita pula tidak dibenarkan. Masa telah berubah, tetapi kehadiran wanita meningkat begitu perlahan sekali. Mengapa?

Perjuangan untuk hak wanita selama lebih seabad akhirnya telah membentuk dunia yang hampir neutral jantina: hari ini wanita boleh membina karier dan membuat keputusan dalam hidup yang sama – dengan beberapa pengecualian – seperti lelaki. Bagaimana pun, perdagangan dan pelaburan masih lagi didominasi orang lelaki dengan hanya seperatusan kecil pemain wanita terlibat. Mengapakah? Sebab-sebabnya mungkin akan memeranjatkan anda.

Sebelum kita mengintai misteri wanita dalam perdagangan, mari kita lihat dahulu beberapa mitos yang lazim berkenaan fenomena ini.

Mitos #1. Wanita tidak cekap dengan nombor



Mitos yang ini mudah disangkal dengan statistik kajian jantina mendedahkan nisbah lelaki-wanita untuk beberapa pekerjaan.



Jelas sekali, wanita baik-baik sahaja dengan angka dan boleh berkerja dengan baik dalam pekerjaan yang melibatkan matematik, walaupun statistik berbeza dari satu negara ke satu negara lain. Namun tetap sahaja hanya ada 20% wanita dalam Forex.

Mitos #2. Wanita fikir perdagangan itu merbahaya

Salah lagi. Wanita lebih cenderung berhati-hati bila menguruskan wang dan kurang mengambil risiko, namun ini adalah kualiti yang bagus untuk perdagangan. Faktanya, wanita sebenarnya pedagang yang leibh baik dari lelaki – mereka terlepas dari kesilapan-kesilapan lazim berdagang atas pendekatan yang lebih bertanggungjawab dalam pengurusan risiko dan hasilnya mereka beroleh lebih banyak. Tamak dan impulsif adalah musuh nyata di pasaran global, dan wanita berkebolehan untuk mengambil risiko tanpa hilang kawalan diri. Lagi pun, mereka boleh tangani kanak-kanak, kerja-kerja rumah, dan kerja di pejabat dalam masa yang sama – yang mana ini membawa kita kepada mitos seterusnya.

Mitos #3. Mereka tidak punyai masa untuk membuat kajian



Jika anda mahu berdagang dengan baik, anda perlu mendalami sisi teknikalnya dahulu. Sesetengah orang percaya bahawa rata-rata wanita tidak akan melaburkan masa mereka pada sesuatu yang memakan masa seperti analisis teknikal dan fundamental. Sebenarnya, Forex menarik minat ramai orang kerana ia tidak memerlukan ijazah ekonomi dan ia mudah difahami walaupun untuk pedatang baru. Selain dari itu, anda boleh menemui banyak bahan bacaan percuma (seperti seksyen "Analitik dan Pendidikan" di laman web FBS) dan pelajari asas-asas Forex sesingkat beberapa minggu sahaja.

Mengambil kira yang tersebut, jelaslah tiada antara usul-usul tersebut yang cukup legit untuk menjelaskan mengapa perdagangan tidak popular di kalangan wanita. Jadi jika wang tiada jantina, mengapa wanita tidak menceburi Forex?

Kebenaran yang tidak disangka-sangka

DRUM ROLL DRAMATIS

Tidak ada sebab pun mengapa ini berlaku, melainkan dari "self-censorship" di kalangan wanita akibat dari ketidaksamaan jantina setelah sekian lama, salah tanggapan dan stereotaip. Zaman di mana perdagangan adalah prerogatif eksklusif lelaki serius bersut mahal sudah berlalu – hari ini semua halangan sudah tiada lagi dan perdagangan terbuka kepada semua, walaupun Forex masih lagi didominasi dengan "bro-culture".

Memang benar wanita mempunyai mindset yang berbeza berkenaan wang – mereka lebih gemar mencari sumber pendapatan yang stabil dan boleh diramal serta boleh dirancang untuk jangka masa panjang, tetapi pelbagai strategi perdagangan juga memberikan opsyen yang tidak kurang hebatnya untuk perkara tersebut. Tampaknya perdagangan di kalangan wanita sesuatu yang perlu dipertimbangkan semula di masa mendatang – dan ini cara-cara bagaimana kita boleh mempercepatkannya.

Bagaimana caranya untuk memperkenalkan lebih ramai wanita kepada pasaran?



Kita boleh mulakan dengan memadamkan tanggapan "ia untuk lelaki bersut mahal". Stereotaip sukar dikikis, namun angin perubahan perlahan-lahan mengubah lanskap pasaran, menyaksikan sedikit demi sedikit peningkatan wanita di beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain itu, untuk meneruskan lagi trend ini, wanita perlu pelajari beberapa perkara tentang perdagangan Forex.

FBS menawarkan sejumlah besar bahan pendidikan berkualiti tinggi untuk membantu pembelajaran asas-asas Forex dan untuk bermula walaupun tanpa pengalaman. Bahan-bahan ini termasuklah video-video tutorial, webinar dan analisis FBS, petua-petua berdagang dan banyak lagi.
Forex tidak memerlukan pelaburan yang besar – anda boleh memasuki pasaran dengan hanya $100 atau cuba akaun Demo untuk pandu uji kinerjanya dan putuskan sama ada ia berbaloi untuk didalami lebih lanjut.
Akhir sekali – Forex bukanlah tempat yang menakutkan. Perkakas pengurusan risiko yang ringkas akan menjaga keselamatan dana dan mengurangkan kebimbangan, dan petua-petua psikologi perdagangan yang asas akan membantu anda terus tenang dan yakin. Selain dari itu, FX adalah pasaran yang legit di mana jutaan manusia membuat wang dengannya setiap hari – sama seperti apa-apa pekerjaan lain, tetapi dengan suasana dan perspektif yang lebih baik.
Ibu-ibu berkerjaya, pelajar, wanita dari wilayah-wilayah yang tinggi pengangguran, atau gadis-gadis muda yang mahu mandiri secara kewangan – ini sebahagian dari golongan wanita yang boleh meraih manfaat dari idea membuat duit dari rumah dan waktu kerja yang anjal.

Tidak ada cabaran yang tidak mampu dipikul oleh mana-mana wanita. Ayuh!



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini