Peningkatan dolar AS tekan ringgit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Peningkatan dolar AS tekan ringgit


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah pada Isnin, diheret turun laporan pekerjaan Amerika Syarikat Jumaat lalu yang mencetuskan kebimbangan akan berlakunya kemelesetan, sekali gus meningkatkan dolar.

Pada 6 petang, mata wang tempatan didagangkan rendah pada 4.0950/0000 berbanding dolar daripada 4.0870/0900 pada penutupan Jumaat.

Ketua Pedagang dan Strategi Pemasaran SPI Asset Management Stephen Innes berkata faktor lain yang mengukuhkan dolar ialah rundingan perdagangan antara Washington dan Beijing yang konstruktif.

“Bagi ringgit, perbincangan banyak berkisar pada Bank Negara Malaysia (BNM), namun, faktor yang menyumbang kepada elemen itu antara lain membabitkan pendirian yang memihak kepada kadar rendah, semakin ditangani,” katanya.

Menurutnya tahap negatif kini lagi melibatkan kedudukan inflasi domestik, yang menunjukkan BNM mempunyai ruang untuk melakukan pelarasan ke atas dasar monetari.

Bagaimanapun, Innes berpendapat mata wang tempatan wajar meraih manfaat daripada perjanjian perdagangan AS-China dan memastikan kedudukan ringgit dalam jangka pendek.

Secara keseluruhannya, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding pound British kepada 5.3485/3562 daripada 5.3458/3509 Jumaat lepas dan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.6750/6804 daripada 3.6583/6613.

Ringgit menyusut nilai berbanding euro kepada 4.6024/6084 daripada 4.5889/5927 dan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0197/0245 daripada 3.0182/0207 sebelumnya. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini