Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR 26 April - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini dengan mencatatkan peningkatan berikutan belian sederhana unit tempatan walaupun harga minyak mentah yang rendah, kata peniaga.

Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.1310/1340 berbanding dolar AS daripada 4.1340/1380 semasa ditutup pada Khamis.

Rakan Kongsi Pengurusan dan Ketua Dagangan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, dalam jangka panjang, ringgit dijangka bergelut di pasaran tempatan berikutan jangkaan kadar faedah yang lebih rendah oleh Bank Negara Malaysia dan prospek penurunan lebihan akaun semasa.

Katanya, dalam tempoh jangka pendek, ringgit dijangka dalam aliran jualan apabila dolar AS semakin meningkat disebabkan perbezaan ekonomi dunia antara AS dan dunia yang semakin meningkat.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0306/0332 daripada 3.0288/0328 pada Khamis dan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.3302/3362 daripada 5.3200/3268.

Unit tempatan menyusut berbanding yen kepada 3.6966/6997 daripada 3.6940/6986, namun menokok berbanding euro kepada 4.6007/6044 daripada 4.6020/6077. - 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini