Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pengurangan permintaan di tengah-tengah ketidaktentuan berhubung rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China lewat hari ini, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.1520/1550 berbanding dolar AS daripada 4.1470/1500 semasa ditutup pada Rabu.

Rakan kongsi pengurusan SPI, Stephen Innes, berkata cadangan AS untuk menaikkan tarif terhadap barangan China bernilai AS$200 bilion akan memberi tekanan negatif kepada ringgit, kerana sektor yang mengeksport ke China akan terus berdepan kekangan.

“Kami merasakan yang kami perlu menangguhkan urus niaga hari ini selepas AS mengumumkan perjanjian perdagangan sedemikian, prospek ringgit kekal suram sehingga pada waktu AS memulakan proses menyingkirkan tarif sedia ada malah sekiranya perjanjian perdagangan ditandatangani,” kata Innes.

Sementara itu, minyak mentah Brent yang diniagakan 0.11 peratus lebih rendah pada AS$70.29 setong, juga terus memberi tekanan terhadap mata wang tempatan.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan naik sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0447/0486 daripada 3.0452/0479 pada Rabu dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3984/4040 daripada 5.4027/4075.

Ringgit menyusut berbanding yen kepada 3.7831/7862 daripada 3.7700/7738 dan turun berbanding euro kepada 4.6482/6528 daripada 4.6455/6501.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini