Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas mencatat peningkatan berikutan kekurangan minat belian selepas kejatuhan harga minyak, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan merosot kepada 4.1650/1680 berbanding dolar AS daripada 4.1550/1600 semalam.

Beliau berkata, ringgit rendah selepas beberapa hari mencatat peningkatan dan kemungkinan berada dalam pergerakan rendah.

“Minat belian berkurangan berikutan pelabur menjangka perang perdagangan antara AS dan China akan berlaku semula,” katanya.

Ketika ditutup, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0477/0504 daripada 3.0446/0492 berbanding ketika ditutup pada Rabu dan rendah kepada 3.8401/8440 daripada 3.8376/8426 berbanding yen.

Unit tempatan lebih tinggi berbanding pound pada 5.2766/2825 daripada 5.2922/2003 dan meningkat berbanding euro kepada 4.7006/7061 daripada 4.7064/7137.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini