Ringgit mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi Rabu berikutan kebimbangan berhubung perang perdagangan antara AS dan Mexico yang menyusut, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1600/1650 berbanding dolar AS daripada 4.1610/1650 pada penutup Selasa.

Penganalisis pasaran kanan OANDA, Alfonso Esparza, berkata dolar didagangkan lebih kukuh selepas Washington mencapai kesepakatan berhubung penghijrahan rakyat Mexico ke negara itu, sekali gus menghindari tarif punitif ke atas import Mexico.

Dengan ketegangan dengan Mexico menyusut, AS kini boleh memberi tumpuan kepada pertikaian perdagangan AS-China.

Pada pembukaan, ringgit bagaimanapun didagangkan lebih lemah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut nilainya berbanding dolar Singapura kepada 3.0503/0551 daripada 3.0484/0522 pada penutupan Selasa, lebih rendah berbanding yen kepada 3.8334/8391 daripada 3.8283/8324 dan melemahkan euro kepada 4.7133/7194 daripada 4.7086/7148.

Berbanding pound, unit tempatan lebih lemah pada 5.2932/3000 berbanding 5.2874/2941.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini