Ringgit ditutup tertinggi dalam tiga bulan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tertinggi dalam tiga bulan



KUALA LUMPUR: Ringgit semakin kukuh hari ini berikutan harga minyak terus meningkat di tengah-tengah dolar Amerika Syarikat (AS) yang kian lemah, kata peniaga.

Pada 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga bulan sejak 15 April pada 4.1070/1100 berbanding dolar daripada paras ditutup Jumaat lalu, 4.1140/1170.

Pada ketika berita ditulis, harga minyak mentah Brent diniagakan 0.54 peratus lebih tinggi pada AS$67.08 setong.

Penganalisis Maybank IB Research, Nik Ihsan Raja Abdullah memberitahu Bernama, ringgit akan terus berada dalam momentum positif untuk jangka waktu terdekat berikutan dolar AS kekal tertekan dengan peningkatan sentimen bagi pengurangan kadar faedah.

Peniaga akan memberi tumpuan kepada Rizab Persekutuan (Fed) AS minggu ini yang akan membuat keputusan sama ada Fed akan melaksanakan pengurangan kadar faedah pada Julai.

Bagaimanapun, mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0285/0319 daripada 3.0217/0251 semasa ditutup pada Jumaat lalu dan turun berbanding yen kepada 3.8074/8112 daripada 3.7910/7954.

Mata wang tempatan menyusut berbanding pound kepada 5.1580/1634 daripada 5.1511/1586 dan turun berbanding euro kepada 4.6319/6365 daripada 4.6273/6323.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini