Ringgit mendatar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mendatar



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini dengan dolar AS terus teguh di tengah-tengah pendirian dasar Bank Pusat Eropah (ECB).

Pada 9.06 pagi, ringgit berada pada 4.1180/1240 daripada 4.1180/1210 Jumaat.

Peniaga berkata, pasaran terus mengeksploitasi pendekatan ECB menerusi pengukuhan dolar AS.

"Ringgit diniagakan berbanding dolar AS dalam jangkauan biasa dengan kekurangan faktor menolak dan menarik untuk menguji kedua-dua jajaran.

"Pasaran kini akan meninjau mesyuarat dasar dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bermula Selasa dan rundingan perdagangan AS-China yang disambung semula minggu ini untuk petunjuk lanjut," tambahnya.

Keseluruhannya, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun.

Ia lebih kukuh berbanding dolar Singapura pada 3.0072/0120 daripada 3.0091/0118 Jumaat lalu dan menokok berbanding euro pada 4.5854/5937 daripada 4.5879/5920.

Mata wang tempatan juga mengukuh berbanding pound British kepada 5.0968/1063 daripada 5.1211/1265 tetapi susut berbanding yen kepada 3.7975/8034 daripada 3.7905/7936 sebelum ini. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini