Ringgit meningkat berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit meningkat berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat belian yang lebih baik terhadap unit tempatan, kata peniaga.
Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1370/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1410/1440 semasa ditutup semalam.
Beliau berkata unit tempatan yang diniagakan antara 4.1370 dan 4.1405 sepanjang hari, mendapat dorongan susulan harga minyak global meningkat.
Hari ini, penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 1.81 peratus kepada AS$65.32 setong, manakala niaga hadapan minyak mentah US West Texas Intermediate (WTI) naik 1.99 peratus kepada AS$58.98 setong.
“Sementara itu, kebanyakan mata wang Asia sedang pesat membangun tidak berubah berikutan pelabur tidak memasuki pasaran menunggu mesyuarat Rizab Persekutuan AS untuk petunjuk mengenai keputusan kadar faedah AS.
“Sebarang hasil daripada mesyuarat tersebut dijangka memutuskan hala tuju pasaran terutamanya bagi mata wang Asia berikutan pasaran global yang tidak menentu,” katanya.
Pada penutup, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7985/7017 daripada 3.8022/8060 pada Selasa dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0392/0426 daripada 3.0411/0444.
Ringgit, bagaimanapun, susut berbanding euro kepada 4.6425/6476 daripada 4.6392/6429 dan merosot berbanding pound kepada 5.1646/1700 daripada 5.1601/1647 sebelum ini

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini