Lot
Lot adalah sejumlah unit matawang. Satu lot standard bersamaan dengan 100,000 unit matawang asas atau matawang akaun anda. Ini bermaksud jika anda mahu dagangkan satu lot USD/JPY, anda akan memerlukan $100,000. Ada dua lagi saiz lot yang lazim. Ia adalah lot mini (bersamaan dengan 10,000) dan lot mikro (bersamaan dengan 1,000 unit).
Untuk membuka dagangan, anda perlu memutuskan seberapa banyak wang yang anda perlu laburkan. Istilah 'lot' berkaitan rapat dengan istilah lain seperti 'leveraj' dan 'pip'. Mari kita selami topik ini dengan lebih mendalam.
Leveraj
Satu manfaat besar berdagang di Forex adalah leveraj. Seperti yang kami sudah sebutkan tadi, satu lot standard bersamaan dengan $100,000, tetapi ini tidak bermakna anda perlu melaburkan wang anda sendiri dengan jumlah sebesar ini. Broker anda boleh bantu anda. Leveraj standard adalah 1:100. Ini bererti jika anda mahu dagangkan 1 lot standard bagi pasangan itu, anda perlu depositkan hanya $1,000. Broker anda akan laburkan baki selebihnya sebanyak $99,000.
Ada beberapa saiz leveraj yang lain bergantung kepada broker. Anda boleh lihat leveraj yang disediakan oleh FBS kira leverage.
Pip
Bila membaca artikel analisis atau berita pasti anda pernah ternampak ayat seperti, "pasangan tersebut telah meningkat/menurun sebanyak … pip". Apakah itu pip, dan bagaimana ia memberikan kesan terhadap amaun wang yang anda raih?
Pip adalah singkatan bagi “Percentage in Point” (Melayu: Peratusan dinyatakan sebagai poin). Ia mewakili perubahan terkecil yang boleh berlaku pada suatu pasangan matawang. Biasanya, suatu pasangan disebut sehingga empat tempat perpuluhan, contohnya, harga bagi GBP/USD dinyatakan seperti ini: 1.3463. Bagaimana pun ada beberapa pasangan yang disebut sehingga 2 tempat perpuluhan. Contohnya, pasangan dolar Amerika melawan yen Jepun disebut 109.70. Satu pip adalah diwakili oleh tempat perpuluhan terakhir suatu harga.
Jika EUR/USD berubah dari 1.0800 to 1.0805, ini adalah perubahan 5 pip. Jika USD/JPY berubah daripada 120.00 kepada 120.13, ini adalah perubahan 13 pip.
Harap maklum, sesetengah broker mengira sehingga ke tempat perpuluhan ke-5 dan ke-3. Ini dipanggil “pipettes” dan ia menjadikan kiraan spread lebih fleksibel.
Bagaimana untuk mengira pip
Mari kita pelajari bagaimana cara mengira nilai bagi satu pip.
Kita akan menggunakan pasangan USD/JPY sebagai contoh. Kadar tukarannya adalah 110.80.
(0.01 (1 pip)/110.80(kadar tukaran) X 100,000 (satu lot standard) = $9.03 per pip
Mari kita buat kiraan bagi pasangan yang mana USD bukan matawang asas. Contohnya, EUR/USD. Kadar tukaran adalah 1.1500.
(0.0001/1) X 100,000 = $10 per pip
Pip, Lot dan Leveraj digabungkan bersama.
Anda telah pelajari apa itu leveraj, lot dan pip. Kini tiba masanya untuk gunakan pengetahuan anda itu.
Bayangkan anda dagangkan pasangan EUR/USD dengan saiz lot 100,000. Anda telah depositkan $1,000. Leveraj anda adalah 1:100. Anda membuat dangan BUY (membeli) pada harga 1.1500, pasangan itu kemudian menaik dan anda menutup posisi anda pada 1.1550. Ini bermakna anda telah perolehi 50 pip.
Di atas, kita sudah kira bahawa nilai setiap 1 pip EUR/USD = $10.
Anda telah untung 50 pip, jadi ini bererti keuntungan anda adalah $500.
Namun, anda harus ingat bahawa amaun keuntungan anda akan bergantung kepada saiz lot anda, bilangan lot yang anda dagangkan, pasangan matawang dan matawang akaun anda.
Bayangkan anda berdagang tanpa leveraj. Anda depositkan $1,000. 0.0001 X 1,000 = 0.1 per pip
Hasilnya anda perolehinya hanya $5 sahaja.
Kini anda sudah tahu bagaimana leveraj, lot dan pip saling berhubung kait. Malah anda kini mampu mengira sendiri keuntungan anda. Maka, tibalah masanya untuk praktikkan ilmu anda! BUKA AKAUN ANDA