EURO SEDANG DIPERHATIKAN RAMAI - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

EURO SEDANG DIPERHATIKAN RAMAI



Kabut ketidaktentuan yang menyelubungi ekonomi Kesatuan Eropah semakin menebal minggu lalu. Pertama sekali, pengumuman KDNK Awalan Jerman pada hari Rabu lalu menunjukkan penurunan 0.1%. Berita ini meningkatkan kebimbangan tentang pemerlahanan ekonomi Zon Euro dan telah melemahkan euro. Wakil ECB telah menambah lagi tekanan ke atas matawang tersebut pada hari Khamis bila mana beliau mengumumkan pakej rangsangan yang lebih besar dari yang dijangkakan.

Pakej ini akan dibentangkan pada mesyuarat bulan September. Bears bertindak balas serta merta terhadap berita dovish ini, di mana EUR/USD telah merudum ke paras terendah sejak bulan Julai.
Minggu ini para pedagang akan membelek kalendar ekonomi dengan lebih teliti untuk sebarang acara yang boleh memulihkan euro. Pada hari Khamis, anda disyorkan untuk memberikan lebih perhatian kepada pengumuman beberapa PMI di Zon Euro.

Angka yang lebih tinggi dari yang dijangkakan akan menyokong EUR. Kemudian di hari yang sama, minit mesyuarat dasar monetari ECB akan diterbitkan. Jika rekod tersebut mengandungi petunjuk-petunjuk hawkish tentang keputusan bulan September, ia juga akan membawakan momentum positif bagi matawang Eropah itu.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini