Menetapkan "stop losses" adalah perkara pertama yang anda pelajari apabila anda mempelajari pengurusan risiko. Semua orang tahu ini adalah perkara penting yang perlu dilakukan, tetapi adakah anda tahu bagaimana untuk meletakkan SL dengan betul? Ini adalah kesilapan yang paling biasa dibuat oleh orangl ain - anda boleh perhatikan dan tidak akan kehilangan wang dengan meletakkan "stop loss" yang tidak tepat.
1. Stop Loss yang terlalu hampir
Sekiranya SL anda terlalu hampir dengan titik kemasukan, ketidaktentuan yang tidak dijangka akan merosakkan semuanya untuk anda. Sentiasa mengambil kira ketidaktentuan dan jangan letakkan stop losses yang terlalu hampir.
2. Stop Loss yang terlalu jauh
Dalam kes ini, trading anda menjadi terlalu berisiko - dengan stop loss yang terlalu jauh, position anda memerlukan lebih banyak pips untuk bergerak mengikut perancangan anda supaya trade anda menjadi lebih berbaloi dengan risikonya. Pertimbangkan nisbah ganjaran risiko anda (potensi ganjaran untuk setiap dolar yang anda laburkan) sebelum anda meletakkan stop loss.
3. Meletakkan Stop tepat pada sokongan atau rintangan
Anda tidak sepatutnya membuka order anda tepat pada tahap sokongan / rintangan kerana harga boleh kembali ke tahap ini selepas breakout dan mencetuskan Stop anda sebelum mengikuti arah yang anda inginkan.
4. Tidak merancang SL anda sebelum membuka trading
Di pasaran, perancangan awal adalah sangat penting. Tentukan tahap stop loss sebelum anda mula menghapuskan keputusan emosi.
5. Menggerakkan Stop anda untuk break even atau medapat keuntungan margin serta merta
Kadang-kadang, kita melihat pasaran seolah-olah bergerak ke arah yang tertentu, dan ia membuatkan anda berasa seperti ingin menggerakkan Stop anda. Fikir dahulu dengan teliti sebelum berbuat demikian - kerana ianya boleh menipu.