Pasangan matawang. Matawang asas dan sebutharga. Pasangan major dan pasangan silang - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Pasangan matawang. Matawang asas dan sebutharga. Pasangan major dan pasangan silang



Matawang di pasaran Forex sentiasa didagangkan secara berpasangan. Untuk mencari nilai relatif sesuatu matawang, anda perlukan suatu matawang lain untuk dijadikan perbandingan. Bila anda beli suatu matawang, anda juga menjual matawang lain secara automatik. Apa itu tukaran mata wang?



Simbol pasangan mata wang

Pasangan matawang di Forex disebut secara singkatan. Sebagai contoh, EUR/USD bermaksud Euro berbanding Dollar AS, dan USD/JPY bermaksud Dollar AS berbanding Yen Jepun. Jika anda membeli EUR/USD, anda membeli Euro dan menjual Dollar. Jika anda menjual EUR/USD, anda menjual EUR dan membeli Dollar.

Matawang pertama pada pasangan dipanggil matawang asas, sementara matawang kedua dipanggil matawang sebutharga atau matawang imbalan. Harga matawang asas sentiasa dikira sebagai bilangan unit matawang sebutharga.

Sebagai contoh, kadar tukaran pasangan EUR/USD adalah 1.1000. Itu bermakna kos 1 Euro adalah 1.1000 Dollar AS (satu dollar dan 10 sen).

Pasangan-pasangan matawang selalunya dibahagikan kepada pasangan major, silang dan eksotik.

Pasangan major

Semua pasangan major mengandungi Dollar AS dan sangat popular di kalangan pedagang: EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, USD/CHF, AUD/USD dsb.



Pasangan silang

Pasangan silang terdiri dari 2 matawang popular tetapi tidak mengandungi Dollar AS. Pasangan silang paling lazim mengandungi Euro, Yen, dan Pound British: EUR/GBP, EUR/JPY, GBP/JPY, EUR/AUD, dsb.



Eksotik

Pasangan matawang eksotik terdiri dari 1 matawang major dan satu matawang dari ekonomi membangun (Brazil, Mexico, India, dsb.) atau ekonomi kecil (Sweden, Norway, dsb.). Pasangan eksotik jarang-jarang didagangkan di Forex dan biasanya mempunyai syarat-syarat yang kurang menarik.





Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini