Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dengan keadaan kemelut perdagangan AS-China yang menimbulkan peningkatan kebimbangan dalam kalangan peniaga mengenai kelembapan ekonomi dunia.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.2150/2200 berbanding dolar AS daripada 4.2110/2150 pada Rabu.

Peniaga berkata pelabur menunggu data Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan China bagi Ogos 2019 yang dijadual dikeluarkan pada 31 Ogos ini.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit tinggi berbanding yen kepada 3.9671/9729 daripada 3.9798/9847 ketika ditutup semalam dan naik berbanding euro kepada 4.6685/6745 daripada 4.6704/6753.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0370/0410 daripada 3.0330/0370 semalam dan lemah berbanding pound British kepada 5.1381/1446 daripada 5.1353/1419.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini