Ringgit dibuka tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan yang lebih baik terhadap unit tempatan dan susulan data pembuatan AS yang rendah serta kurang pekerjaan diwujudkan di negara itu.

Pada jam 9.03 pagi, unit tempatan berada pada 4.1890/1930 berbanding dolar AS daripada 4.1930/1960 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata, sentimen pasaran untuk unit tempatan meningkat berbanding dolar AS selepas data menunjukkan pengambilan oleh majikan swasta di AS perlahan pada September.

“Peserta pasaran bimbang bahawa ini dan kemerosotan aktiviti perkilangan AS menunjukkan ketegangan perdagangan antara AS dan China menjejaskan ekonomi terbesar dunia itu,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0261/0301 daripada 3.0248/0274 semalam dan susut berbanding yen kepada 3.9109/9158 daripada 3.8950/8982.

Unit tempatan turun berbanding euro kepada 4.5911/5959 daripada 4.5775/5825 dan susut berbanding pound British kepada 5.1515/1566 daripada 5.1335/1388.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini