Ringgit terus susut berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus susut berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit terus susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa ditutup hari ini berikutan peserta pasaran kekal tidak memasuki pasaran menunggu perkembangan mengenai rundingan perdagangan antara AS dan China yang bermula esok, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1955/1985 berbanding dolar AS daripada 4.1920/1950 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata, dolar AS kukuh berikutan pelabur menunggu hasil daripada rundingan perdagangan Sino-AS di Washington, yang dijadualkan pada Khamis dan Jumaat, walaupun laporan menyatakan harapan untuk perjanjian perdagangan dicapai adalah tipis.

Ringgit, bagaimanapun, diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0404/0437 daripada 3.0381/0407 pada Selasa dan berkurangan berbanding euro kepada 4.6067/6116 daripada 4.6058/6107.

Unit tempatan mengukuh berbanding pound British kepada 5.1311/1364 daripada 5.1327/1380 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.9082/9114 daripada 3.9148/9187. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini